Monday, 16 November 2015

Eh hey!

Assalamualaikum reader(s)! 
Dan salam sejahtera :)

Oh, how I miss my blog so much. Apekehal? Speaking setelah lama menyepi? Apehal apehal? Takda apa pun, terasa insecure dengan seorang kawan blogger merangkap kawan yang gua kenal dekat kolej ni, in english semua blog entry dia. Never mind lah kata orang putih tu, ewah, takda pulak emoticon perempuan gaya menyampah macam dalam whatsapp tu. Tahukah anda? Hampir sahaja saya menaip entry ini sambil mendengar lagu sephia yang alahai macam kecewa sangat tu, okay okay, no bashinggg xD

Where am I before this? Why tak update? Cakap lebat hak alah nak update hari hari puiii. Okay, am sorry uhuks. Entahlah, aku kan nak layan twitter nak bukak youtube kat hostel tu pun tak menyempat, ni nak menaip dah tau aku jenis kalau menaip tu ish ish bukan boleh sesikit, nak jugak panjang, baru puas hati, hahaha banyak songeh mak joyah. Korang buatpe ha kat sini? Aku rasa macam blog aku ni takda manafaat pun, cerita pun boringgg gitu tapi aku suka jugak nak menaip entah apa apa laju je tangan aku taip takda titik noktah bagai. 

Disebabkan aku ni anonymous, anonymous lah sangat tapi rata rata dari anda, takda yang kenal aku pun kan? Helehhh, cakap macam kenal, padahal tak pun, wekkk. Aku pun takkan cakap lah aku belajar kat mana and so on tapi aku nak cakap sekarang aku bukan budak sekolah lagi. Aku seorang pelajar kolej yang berwibawa + comel sikit hahah. Please bear with me, roommate aku dah nak muntah aku asik cakap macam tu je katt diorang hari hari. Sekarang ni aku tengah cuti sem lah ni. Habis sudah perjalanan semester 1 aku, macam macam yang aku belajar yang aku analisis, macam macam orang macam macam perangai aku jumpa. Em and sebelum aku balik rumah aku haritu, aku ada mengikuti satu team building sebab alhamdulillah aku adalah pegang jawatan yang tak seberapa dekat kolej tu eherrr. Seronok lah tapi yelah aku kan macam taktahu, bukan senang nak adapt ngan orang yang baru kenal, tunggu lah lama lama nanti okay kot.

Oh baru aku tahu, banyak bende yang aku nak cerita kat blog aku ni, buktinyaaa nahhh bapak panjang gila sia. Tapi aku singkat singkat kan jelah maklumlah, anonymous SANGAT! nanti kang terbocor pulak segala lokasi segala apa yang disembunyikan, ahahah! Menyampah kot ngan diri sendiri.

Okay, pastu kan, korang tahu tak, punya lah satu sem ni aku mengumpul cerita, kengkonon lah kan nak buat bekalan masa cuti ni, takut mereput lah duduk rumah tak buat pape, nak kerja? Hmmmmm angan angan sampai kesudah, bukan ayah tak bagi sangat pun, aku je yang malas nak g cari. Lepastu kan tadi petang boleh pulak aku pergi delete file users yang ada kat windows(c:) tu, mashaAllah, habis semua cerita cerita yang ada. Sedih gila sia :(

Ceritanya bermula begini, aku pelik tau apekemende yang ada dalam windows (c:) aku tu sebabnya properties dia bapak ah sikitnya tinggal padahal aku tak letak pape pun weh dalam tu, dengan perasan detective nya aku pun cek lah kan pastu aku jumpa satu file yang tertulis nama aku, aku pun bukak then aku tengok semua benda yang ada kat this pc semua ada dalam tu, aku pun dengan selambanya delete sebabnya aku fikir yang ada dalam tu copy kepada this pc tu huwaaa! Hasilnya dengan file file explorer aku sekali takda, sadis duhhh. Lepastu dalam recycle bin takda pulak tu sebab sebelum delete tu komputer tu dah cakap dah, eh bukan komputer tu, laptop yang aku tengah guna untuk menaip sekarang ni dah tanya, delete anyway lah sebab file besar dan banyak, so dia takkan masukkan kat recycle bin, dengan yakinnya aku pun tekan yes. Cisss, kalau kau pencinta movie dan tahu camane penat lelah aku kumpul movie tu, kau paham weh perasaan aku ni. Uhukkk, bukan sikit, banyak weh banyak macam macam bahasa ada. 

Tapi aku tahu, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Orang putih pulak kata, everything happen for a reason. Em okay. So, aku redha je lah tapiii esok aku nak ambik cerita kat kawan aku mana yang ada jelah takpelah, janji tak mereput sangat ahahah!

Oh rupanya menaip ni amat penting buat diri aku, takpe, lepasni kalau kat hostel kita menaip guna phone je, lepastu kalau tak lepas publish, kita draft ehem. Rasanya macam banyak mengarut, apa kena tah ngan title, whatever lah kan. Good night y'all! Sweet dream, jaga diri :)

May Allah bless.

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

No comments :

Post a Comment