Thursday, 19 November 2015

Monster

Assalamualaikum reader(s)!
And also salam sejahtera :)

Um, I actually don't know what to type about but my desire to post something is too high to describe. Hahah, nampak tak poyo kat situ. 

I got some thought after I watched "Hello Monster" korean drama, uuuuu yes I'm a korean drama lover. Who is with me? Put your hands up eh eh yeahhh xD This story is about I don't really understand actually but this drama I can describe it as a little bit different lah kot with other drama because what specific genre pun aku taktahu. There is no such a many lovey dovey things, romance and so on but do have a pasangan. Crime? Em, ada lah jugak but not whole story padahal banyak je membunuh hahah. This story is about a relationship between an older brother and a younger brother that live seperately for the long time, 20 years at a time and the younger brother got misunderstood with his older brother thinking that his brother abandoned him and give him to that jerk named Lee Joon Yeong padahal tak pun, apa lah kanak-kanak. 

The Lee Joon Yeong man is a psychopath lah because when he was a child dia kena kurung and macam mental abuse kot? I don't know jugak lah. So he, Lee Joon Yeong ni start to killed people that he think abandoned him or other child. Gitu lah, sampai ke tua lah dia membunuhnya, hebat pulak tu. The polices can't trace where is the corpse and didn't even know pun dia tu Lee Joon Yeong. Boleh pulak dia jadi Medical Examiner. Psychopath ni biasanya cerdik kan? I'm asking okay, bukan buat penyataan, harap maklum.

What I want to tell here is aku kan memang tertarik betul dengan psychopath dan segala apa yang berkaitan mental ni. Well, dulu nak jadi psychologists but takda rezeki kan heheh. I don't know why, I think the mental illness is very attract me nak tahu pasal penyakit tu but I don't rajin enough want to do a search on that. But I do read some books jugak sebab nak tahu kan. Actually, aku nak cerita benda lain sebenarnya tadi. Ended up cerita pasal Hello Monster ni pulak dah hahah. 

Oh ye, I want to remind la, I'm a girl who have such a many styles and personalities tau so don't judge me too early and what's worse, don't judge me based on what I wear, my style on typing and whatever lah. Jap, sabit apa aku cakap pasal mende ni tetibe? Okay, we stop here okay. Later I'll continue with myself :) What's important is my desire to post something in here have fulfill. Before I end this post, I have a question but I know there will be no one will answer me hahaha never mind. I want to ask jugak.

Korang kan yang baca blog anonymous macam aku ni, macam sesiapa jelah, tak curious ke nak tahu, who is he? who is she? How do he/she look? How is the real attitude of her/him? Orang yang macam mana dia ni? I want to know him/her more lah! Takda pernah rasa ke weh? Well, am just asking anyway, don't take this question too serious, ya ya ya I do know "curiousity kills a cat". Dan sabit apa aku letak idiom tu? Idiom ke tu? Entah hahah. Why am I asking? Because I have those feelings :)

Then, jjalja (good night) and sweet dream!

May Allah bless.



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Monday, 16 November 2015

Eh hey!

Assalamualaikum reader(s)! 
Dan salam sejahtera :)

Oh, how I miss my blog so much. Apekehal? Speaking setelah lama menyepi? Apehal apehal? Takda apa pun, terasa insecure dengan seorang kawan blogger merangkap kawan yang gua kenal dekat kolej ni, in english semua blog entry dia. Never mind lah kata orang putih tu, ewah, takda pulak emoticon perempuan gaya menyampah macam dalam whatsapp tu. Tahukah anda? Hampir sahaja saya menaip entry ini sambil mendengar lagu sephia yang alahai macam kecewa sangat tu, okay okay, no bashinggg xD

Where am I before this? Why tak update? Cakap lebat hak alah nak update hari hari puiii. Okay, am sorry uhuks. Entahlah, aku kan nak layan twitter nak bukak youtube kat hostel tu pun tak menyempat, ni nak menaip dah tau aku jenis kalau menaip tu ish ish bukan boleh sesikit, nak jugak panjang, baru puas hati, hahaha banyak songeh mak joyah. Korang buatpe ha kat sini? Aku rasa macam blog aku ni takda manafaat pun, cerita pun boringgg gitu tapi aku suka jugak nak menaip entah apa apa laju je tangan aku taip takda titik noktah bagai. 

Disebabkan aku ni anonymous, anonymous lah sangat tapi rata rata dari anda, takda yang kenal aku pun kan? Helehhh, cakap macam kenal, padahal tak pun, wekkk. Aku pun takkan cakap lah aku belajar kat mana and so on tapi aku nak cakap sekarang aku bukan budak sekolah lagi. Aku seorang pelajar kolej yang berwibawa + comel sikit hahah. Please bear with me, roommate aku dah nak muntah aku asik cakap macam tu je katt diorang hari hari. Sekarang ni aku tengah cuti sem lah ni. Habis sudah perjalanan semester 1 aku, macam macam yang aku belajar yang aku analisis, macam macam orang macam macam perangai aku jumpa. Em and sebelum aku balik rumah aku haritu, aku ada mengikuti satu team building sebab alhamdulillah aku adalah pegang jawatan yang tak seberapa dekat kolej tu eherrr. Seronok lah tapi yelah aku kan macam taktahu, bukan senang nak adapt ngan orang yang baru kenal, tunggu lah lama lama nanti okay kot.

Oh baru aku tahu, banyak bende yang aku nak cerita kat blog aku ni, buktinyaaa nahhh bapak panjang gila sia. Tapi aku singkat singkat kan jelah maklumlah, anonymous SANGAT! nanti kang terbocor pulak segala lokasi segala apa yang disembunyikan, ahahah! Menyampah kot ngan diri sendiri.

Okay, pastu kan, korang tahu tak, punya lah satu sem ni aku mengumpul cerita, kengkonon lah kan nak buat bekalan masa cuti ni, takut mereput lah duduk rumah tak buat pape, nak kerja? Hmmmmm angan angan sampai kesudah, bukan ayah tak bagi sangat pun, aku je yang malas nak g cari. Lepastu kan tadi petang boleh pulak aku pergi delete file users yang ada kat windows(c:) tu, mashaAllah, habis semua cerita cerita yang ada. Sedih gila sia :(

Ceritanya bermula begini, aku pelik tau apekemende yang ada dalam windows (c:) aku tu sebabnya properties dia bapak ah sikitnya tinggal padahal aku tak letak pape pun weh dalam tu, dengan perasan detective nya aku pun cek lah kan pastu aku jumpa satu file yang tertulis nama aku, aku pun bukak then aku tengok semua benda yang ada kat this pc semua ada dalam tu, aku pun dengan selambanya delete sebabnya aku fikir yang ada dalam tu copy kepada this pc tu huwaaa! Hasilnya dengan file file explorer aku sekali takda, sadis duhhh. Lepastu dalam recycle bin takda pulak tu sebab sebelum delete tu komputer tu dah cakap dah, eh bukan komputer tu, laptop yang aku tengah guna untuk menaip sekarang ni dah tanya, delete anyway lah sebab file besar dan banyak, so dia takkan masukkan kat recycle bin, dengan yakinnya aku pun tekan yes. Cisss, kalau kau pencinta movie dan tahu camane penat lelah aku kumpul movie tu, kau paham weh perasaan aku ni. Uhukkk, bukan sikit, banyak weh banyak macam macam bahasa ada. 

Tapi aku tahu, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Orang putih pulak kata, everything happen for a reason. Em okay. So, aku redha je lah tapiii esok aku nak ambik cerita kat kawan aku mana yang ada jelah takpelah, janji tak mereput sangat ahahah!

Oh rupanya menaip ni amat penting buat diri aku, takpe, lepasni kalau kat hostel kita menaip guna phone je, lepastu kalau tak lepas publish, kita draft ehem. Rasanya macam banyak mengarut, apa kena tah ngan title, whatever lah kan. Good night y'all! Sweet dream, jaga diri :)

May Allah bless.

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.