Thursday, 26 March 2015

Post title.

Hi reader(s)!

Jika lah ada readers tu kan. Takpelah, tak mengharap pun ada orang baca post kalini sebab dia macam post emo sikit. Dah tau kenapa tak tulis kat diary ke? Kat blog private ke? SEBAB AKU TAKDAK DIARY DAN TAKDAK BLOG PRIVATE, HANG TAKNAK BACA DAH LAH. AKU TAK PAKSA AIH. Aku dah kata, ini post emo, aku dah pesan kan pandai pandai lah kau orang. Aku takda tempat nak berkongsi rasa, family? Family aku bukan jenis yang berkongsi rasa pesemua, rock punya tak main meluah rasa, dari kecik dah terbiasa macam tu, bila besar memang taklah tetibe nak kongsi rasa. Kawan? Aku malaih nak bebankan kawan kawan aku, biar lah, depa pun ada life depa ada masalah depa, kang aku cerita kang, buat tambah beban ja, aku takmau. Kalau depa rela takpa. Aku hanya ada blog ni jelah, tolonglah faham jangan bash aku. Hahaha.


Aku rasa kalau ada yang baca mesti depa kata hek eleh masalah sekicil kicil zarah ja pun dah anggap beban. Betullah tu, memang masalah kecik tapi bila masalah kecik tu dalam kuantiti yang banyak tak ke jadi besaq? Tapi aku takdalah nak cerita semua kat sini, aku pun ada privacy sendiri jugak. Biarlah aku simpan, cehhh.

Beginilah bermulanya kisah itu,

Aku kan periksa tahun lepas, periksa SPM. Setengah orang kata, SPM ni penting. Setengah lagi kata, ini baru permulaan. Dan setengah setengah yang lain kata lain lah pulak, aku pun konpius mana satu hak betui.

Lepastu aku dah dapat result dah haritu. Biasa biasa je tapi alhamdulillah rezeki Allah bagi. Biasa biasa yang sampai tak habih sebelah tangan kira berapa orang ucap tahniah kat aku. Aku tak mintak banyak pun, sekadar tahniah ja takpa. Depa taktau aku penat belajaq camana. Boleh tanya ja aku dapat berapa pastuh kata "Ooooo" apa yang "ooo" nya? Meh lah aku bagitahu aku dapat berapa, 4A 1A- 2B+ 1C+ 1C 1D. Memang tak cantik result aku, memang tak beratur A ngan B ja tapi tu yang aku usahakan. Orang tak paham aku belajaq camana penat pagi petang siang malam asik pergi sekolah ja tahun lepas, bukan nak mengungkit aku dah kata aku nak meluah rasa ja kat sini, depa senyap lahhh. D aku tu fizik. Lagipun tahun lepas punya soalan memang pelik sikit, hangpa tak percaya, pi tanya batch 97. Tak percaya lagi, pi lah buat soalan past year dari 2007-2013, pastuh baru buat hak kami punya. Tak lah, aku nak tanya ja kat sini, perkataan tahniah tu memang untuk orang yang dapat straight A ja ka? Untuk yang dapat A ngan B ja ka? Tu hak aku nak tau.

Aku nangih jugaklah masa dapat result, aku nangis sebab aku tak dapat bagi yang terbaik kat ayah ibu aku. Sebab tu ja, aku tak nangis pun aku dapat gitu sebab dah tu usaha aku cuma terkilan lah sebab ibu ayah kalau boleh nak aku 6A paling kurang. Takpalah, ayah ucap tahniah kat aku, ayah kata takpa bila aku cakap sorry kat dia.

Lepastu aku rasa lifeless, aku taktau nak ambik apa. Aku rasa apa je course yang boleh aku dapat dengan result camtu sebabnya aku ni perempuan. Perempuan punya saingan tak sama macam lelaki tau dak. So aku pun ikut ja apa yang ayah aku suruh isi. Aku isi tanpa bantahan walaupun sebenarnya kerelaan tu kadang kadang 50% ja. Takpa, aku niat sebab aku dah kecewakan ayah dengan result tu so aku ikut ja lah apa bidang yang dia suruh ambik. Takpa. So, selasa minggu depan inshaAllah aku akan pergi panggilan UKCG kat IPG, hangpa doa kat aku noh. Sebab haritu aku check aku dapat. Siapa siapa yang dapat tu tahniah aku ucapkan! Buat yang terbaik. Kawan kawan aku hak 8A, 9A, 10A, pikir banyak kali nak pi ka tak. Aku takyah pikir, pergi jelah dah tu apa lagi aku nak memilih kalau setakat result camtu. Depa takpa, ramai lagi orang lain nak ambik depa belajaq. Lagipun ayah dengan ibu bersungguh rasa nak aku masuk IPG tu, maka aku akan buat yang terbaik sehabis baik lah nanti. Kalau diterima alhamdulillah meski aku bukan nak sangat tapi kalau tu yang boleh buat ayah dengan ibu gembira, aku redha ja. Tapi rezeki Allah yang tentukan kan. Kalau ada, adalah. Kalau takda, mungkin rezeki aku kat tempat lain. Apa apa pun, usaha dulu.

Yalah, aku bukan pandai sangat cuma pintar je ekekeke. Akak aku dulu dia dapat 6A4B taktau lah yang plus plus tolak tolak tu berapa tapi tulah result penuh dia. Hak aku ni ada D lagi siapa jelah nak pandang, nak ucap tahniah jauh sekali nak bagi hadiah. 

Makin kau besar makin banyak kau main ngan perasaan. Aku perlukan udara segar, udara luar dari tempat tinggal aku ni. Aku letih. Aku penat. Semua pun tak paham. Kalau hak salah, semua aku. Kalau hak tak betul, semua aku. Yalah, aku lah hak ego, aku lah hak kerasa kepala, aku lah hak pemalas, aku lah hak tak guna semuanya aku lah. Aku dah kata, kalau taknak baca jangan teruskan. Ni memang post emo. Aku nak kongsi ngan orang, tapi taktau sapa. Aku nak kongsi ngan orang yang boleh comfort aku bukan hak salahkan aku lagi lagi dan lagi. Banyak benda nak cerita tapi takpa lah. Cukup lah tu, biarlah yang lain aku simpan sendiri. 

Jangan bash aku, mekasih hahaha.

Perit nak senyum bila kau sedih, perit nak ketawa bila kau menangis. Terima kasih kalau ada yang baca. God bless you.

.CASPER.



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Sunday, 22 March 2015

Notice out!

Hi reader(s)! 

What is the notice out? Okay here, gua straight to the point eh. Kerana gua nak cepat hahah. First of all, I'm sorry to all of you, dah lama tak update blog. Satu sebabnya penyakit M terlalu besar then laptop sendiri takda lagi then nak update kat phone tak seronok langsung then taktau nak cerita apa sebab selama cuti ni duk makan tido kdramas repeat, lifeless kot hahaha. So, post ni dibuat kerana gua mungkin akan menyepi seberapa lama yang taktahu lah berapa lama tapi gua akan muncul jugak nanti jangan risau, cewah macam ada orang nak risau hahaha. Okay lah tu je nak bagitahu. Blog ni akan membusuk untuk berapa lama yang tak pasti, tapi nanti ada update jangan tak baca pulak. I keuraiii nanti hahah. Okay, have a nice day ahead! And I'm sorry, so sorry. Oh lupa, thanks follow my blog :D May God bless you!

Love,
Casper.

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.