Tuesday, 2 December 2014

Baby, I'm back!

Assalamualaikum reader(s)!

Di petang yang indah dan nyaman yang aku pun taktahu nak cakap camane memang indah nyaman gila lah sejak beberapa hari yang lalu kan, SPM dah habis katekooo mana tak nyaman. Takkk, belum officially lagi habisnya, esok hari last SPM tapi aku dah habis dulu, awal tauuu! Bajettt padahal 25/11/2014 haritu je bukan awal mana pun tapi sukahati aku lahhh. Sambil sambil makan biskut lexus chocolate cream 2 pasang yang sekali ngap je dah habis macam aku ngap orang orang yang kacau hidup aku okay tipuuu. Biskut tu panggil 2 pasang ke? Suka suka jiwa aku je nak cakap lantaklah. Okay sambung, sambil makan biskut lexus yang enak sehingga menjilat bijik bijik mata kan lepastu ditemani pulak lagu Danger by BTS kan huyohhh dengan angin yang kuat daripada kipas bilik aku ni ibaratnya ada kat pantai, tinggal nak banjirkan bilik je lagi lepastu tabur garam, maka jadilah pantai hahaha. Aku nak cakap yang AKU DAH HABIS SEKOLAH HUYOHHH! Hahaha, dah terhuyoh huyoh pahal, macam apa je.

*             *          *          *          *

Baby, I'm back, aku balik semula ke dunia blogging aku yang tak seberapa ni, aduiii aku malas betul bila typo nak backspace bagai bagai nak tulis semula penat lah korang buat buat faham je lah eh, lagipun typo tu tak jauh pun dengan perkataan yang sebenar, haaa. Siapa yang baca blog aku ni umurnya 17 tahun dan keatas tahun ni mesti paham apa yang aku rasa kan, eheh. Siapa yang under 17 tu, maaplah ye adik adik, nanti hakak kasi gula-gula satu sorang, arraso? Bukan nak cakap apa sangatlah kan tapinya cuma nak cakap, aku dah kembali, so siapa-siapa yang rasa rindu nak baca entry aku (poyo poyo ada) tu bolehlah kembali membaca, aku akan cuba sedaya upaya sekuat usaha sehingga menjadi sado nak membuat entry sekerap yang mungkin okay? Hahaha kalau perasan bagi lah kat aku, tadi bapak melimpah ruah idea aku nak tulis, ini dah tersekat-sekat pulak, ni yang aku tak suka ni, kena merepek meraban dulu, barulah nak datang mende yang aku nak cakap. Maaflah, blog aku ni tak guna bahasa baku sangat. Jikalau kamu semua mahu, boleh sahaj tetapi kamu semua pun harus membacanya dengan pronounce yang betul, bisa enggak? Heh? Heh? Heh? Minah indon dah keluar, katanya ada darah jawa, biasa aja kali.

*           *           *          *          *

Ekceliiii, ai nak cakap yang nanti ai mesti rinduuu sangat dekat classmates ai yang bapak annoying segala bagai, uhm uhm bapak gedik rasa nak campak dari klcc tingkat 88. Classmates aku pulak, kalau ada yang baca ni tak payah mengada nak terasa sangat aku cakap korang annoying okayyy. Tu yang buat aku sayang kat korang sebenarnya, ececeh habat luah perasaan kat blog. Tahan jelah reader(s) aku yang tersayangye, lama dah korang tak muntah hijau kan, harini aku bagilah korang muntah. 

Sebenarnya, aku nak naikkan balik blog aku ni macam dahulu kala, poyooo macam terkenal sangat padahal followers tak sampai ribannn lagi. Takpelah sekali sekala poyo, nak merasa jugak. Asyik orang lain je poyo kannn. Aku ni nak letak gambar kelas aku tapinya kau tau tak malas nak pindah pindah kan dari phone? Aduiii, nanti nantilah ye korang tengok wajah wajah kesayangan hamba semuanya. Lama jugak aku pot pet pot pet ni, sampai dah 3 buah lagu BTS habisss. BTS tu apaaa? Tertanya tanya lah manusia yang tak layan K-pop kan. BTS tu Bangtan Boys. Bangtan Boys tu boy group from korea ~~~ Sudah sudah, aku bukan nak cerita pasal mereka tapi aku ni dah banyak melalut rasanya. Jom lah kita beransur daripada ada manusia yang oengsan sebab tak tahan dengan ayat aku yang banyak tah apa apa ni. Biarlahhhh, kan kata blog aku, awak taknak baca pun takpelah, asalkan aku boleh tersengih sengih macam kerang busuk depan laptop ni. Okay, nanti lagi panjang kisah aku ni.

Entry ni aku nak cakap yang aku kembali berblogging je sebenarnya, sebab aku dah habis exam SPM and aku nak cakaplah disebabkan aku tak sekolah dah tahun depan, I'm gonna miss my classmates, this is serious talkkk. THIS IS PANTAI TIMUR! Okay tetiba kan hahaha baiii. May ALLAH bless ^^



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

No comments :

Post a Comment