Friday, 12 December 2014

Babies.

Assalamualaikum reader(s)!

Apa khabar reader(s) ku sekaliannya? Sihat tak? Kalau tak sihat, pergilah hospital cepat cepat, dunia sekarang ni bukan boleh jangka apakebende penyakitnyaaa! Haaa kan dah macam mak mak bunyinya tuuu xD Okaylah untuk tidak melengahkan masaaa (dah macam kat majlis formal apehal kan?) hahaha, sebelum tu, I nak mintak maaf kat you all, sebab dah lama tak update tapi takdelah lama mana pun tapi kan untuk menjadi blogger yang berjaya, kenalah selalu membebel kat sini kan? Bukanlah membebel yang enggak enggak tapi yaaa itulah hahaha. Mesti ada yang kata "hek eleh, nak jadi blogger tapi tak konsisten lah" "kejap update lepastu senyappppp sampai berkurun baru nak update balik" sorrylah, saya sangat pessimist orangnya. Hahaha, okaylah tu je nak cakap mintak maaf.

Harini, pada malam ini yang sunyi sepi hening dibuai angin kipas panasonic kat bilik I ni, I nak cerita tentang the babies! What is that? Apakah itu? Hahaha! Kesiannya reader(s) ku sekalian, tertanya-tanya dengan I yang membebel bagai nak rak ni kan hahaha! Okaylah kita proceed ye, mungkin agak panjang bergantung kepada jari jemari gemuk I ni menari diatas keyboard menyuarakan suara hati I yang membebel ni.

Kisah bermula ... (latar belakang instruments the elegance of pachelbel)

Harituuu, ayah I belikan akuarium untuk my only one little brother sebab memang dia mintak dah lama dah, nak akuarium nak letak ikan kan, sebab dia suka sangat dengan haiwan and insects so mungkin saya terfikir lah, besar nanti moga moga dia jadi veterinar, Aamin ya rabb. Ayah saya belikanlah akuarium tu tapi yang kecik je tapi tak kecik sangat, ayat porengge haha.

Lepas dah balik rumah tu, sebab beli akuarium dekat KL nun masa pergi visit my aunty and her family. Balik rumah, set uplah segala benda untuk letak ikan, ayah dengan ibu hias akuarium, ayah letak batu batu karang yang dia pernah kutip masa diving dekat pulau tioman dulu, cantik jugaklah, bolehlah hahaha jahat!

Lepastu sebelah petangnya, pergi beli ikan untuk letak dalam akuarium tu, sampaikan adik saya tu nak mengaji satu mukasurat je dia cakap kat makcik tu punya eksaiteddd kan! Lepastu pergilah beli dengan ayah 5 ekor ikan. I pun taktau jenis jenis ikannya apa, kecuali gapi hahaha. Gapi 2 ekor, yang lagi 3 taktau lah xD Lepastu, saya pun terfikir, takkan nak biar je nanti taktau yang mana yang mana? Takkan nak jawab yang tu yang ni tak best langsung, maksdunya disini, saya bagi ikan-ikan tu nama lahhh. Haha. Okay, ikan gapi 2 ekor tu yang betina saya bagi nama GAMMA, yang jantan pulak BETA. Disusuli 3 ekor lagi PUPU, METILJINGGA dan GOCHY. Okay, mai tengok akuarium mai.





Tadaaa! Nilah akuariumnya, ni kalau tak bukak lampu dia, nanti I bagi yang lampu terbukak okay? Lepastu sambung cerita, esok paginya PUPU mati :( sebabnya air keruh rupanya PUPU tak macam gapi boleh duduk dalam air keruh, ikan apa tah PUPU tu taktaulah. Sedih je kan. Lepastu ayah pun pergi beli 3 ekor ikan baru untuk my only one lil bro. Suka sangat dia, dia tanya I, nak bagi nama apa? I pun bagi nama MOCHY, CYAN and AQUA.

Tiba-tiba esok pagi tukan, GAMMA melahirkan(taktau nak guna perkataan apa) anaknya ~ taktaulah berapa ekor, kecik gila kot susah nak kira. Masa waktu subuh tu, my lil bro bagitahu GAMMA was giving birth and I pun pergi tengok tapi pelik tengok GAMMA macam tak bermaya gila lah. Macam manusia kalau sakit guane? Gitulah ha. Then, tengah hari sikit, my lil bro kata GAMMA was dead sebabnya my daddy tukar air lupa letak garam hahaha tak faham sebenarnya. So, 2 ekor dah mati.

My lil bro mengamuk, mogok semua benda tau, sampai taknak bagi ikan tu makan sebab dia mintak ikan lagi ayah takmau beli. Tapi sebabkan dia the only one bro kan ayah beli jugak esoknya 2 ekor. Lepastu I pun letaklah nama LEO dan PUWIN. Kerja I memang bagi nama je kat ikan-ikan tu semua tapi kalau I tengah penat, I pergi jugak jenguk, tenang rasa hati, sungguh tak tipu. Jom tengok akuarium lagi hahaha.




So inilah akuarium dengan lampu hehehe. Sambung lagi sikit je cerita, tak larat dah nak baca? Alaaaaa sikit lagi ni. 

Lepastu, pagi tadi kalau tak silap I, my lil bro bagitahu AQUA was dead sebabnya tersangkut dekat celah celah batu karang. Ohhh mengikut jejak langkah PUPU dan GAMMA. RIP for them. Dah tanam pun, tanam kat mana taktahulah. Hehehe, so ada 7 ekor yang tinggal the babies in the aquariummm. Harap-harap bertahan lama, nak jugak tengok mereka membesar ^^ okay, sampai sini sahaja cerita babies ni untuk kali ini, kalau ada cerita lagi, I'll update okay? Bai! May ALLAH bless ^^

Inilah tuan punya aquarium tu. He's handsome just like my daddy ^^



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

2 comments :

  1. ikan saiz kecik ni kdg2 susah nak jaga. Tpi ppepun jaga ikan tu elok2 yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, memang susah sangat. Tapi adik saya nak jaga, biarkan hehe. Okay terima kasih :)

      Delete