Friday, 12 December 2014

Babies.

Assalamualaikum reader(s)!

Apa khabar reader(s) ku sekaliannya? Sihat tak? Kalau tak sihat, pergilah hospital cepat cepat, dunia sekarang ni bukan boleh jangka apakebende penyakitnyaaa! Haaa kan dah macam mak mak bunyinya tuuu xD Okaylah untuk tidak melengahkan masaaa (dah macam kat majlis formal apehal kan?) hahaha, sebelum tu, I nak mintak maaf kat you all, sebab dah lama tak update tapi takdelah lama mana pun tapi kan untuk menjadi blogger yang berjaya, kenalah selalu membebel kat sini kan? Bukanlah membebel yang enggak enggak tapi yaaa itulah hahaha. Mesti ada yang kata "hek eleh, nak jadi blogger tapi tak konsisten lah" "kejap update lepastu senyappppp sampai berkurun baru nak update balik" sorrylah, saya sangat pessimist orangnya. Hahaha, okaylah tu je nak cakap mintak maaf.

Harini, pada malam ini yang sunyi sepi hening dibuai angin kipas panasonic kat bilik I ni, I nak cerita tentang the babies! What is that? Apakah itu? Hahaha! Kesiannya reader(s) ku sekalian, tertanya-tanya dengan I yang membebel bagai nak rak ni kan hahaha! Okaylah kita proceed ye, mungkin agak panjang bergantung kepada jari jemari gemuk I ni menari diatas keyboard menyuarakan suara hati I yang membebel ni.

Kisah bermula ... (latar belakang instruments the elegance of pachelbel)

Harituuu, ayah I belikan akuarium untuk my only one little brother sebab memang dia mintak dah lama dah, nak akuarium nak letak ikan kan, sebab dia suka sangat dengan haiwan and insects so mungkin saya terfikir lah, besar nanti moga moga dia jadi veterinar, Aamin ya rabb. Ayah saya belikanlah akuarium tu tapi yang kecik je tapi tak kecik sangat, ayat porengge haha.

Lepas dah balik rumah tu, sebab beli akuarium dekat KL nun masa pergi visit my aunty and her family. Balik rumah, set uplah segala benda untuk letak ikan, ayah dengan ibu hias akuarium, ayah letak batu batu karang yang dia pernah kutip masa diving dekat pulau tioman dulu, cantik jugaklah, bolehlah hahaha jahat!

Lepastu sebelah petangnya, pergi beli ikan untuk letak dalam akuarium tu, sampaikan adik saya tu nak mengaji satu mukasurat je dia cakap kat makcik tu punya eksaiteddd kan! Lepastu pergilah beli dengan ayah 5 ekor ikan. I pun taktau jenis jenis ikannya apa, kecuali gapi hahaha. Gapi 2 ekor, yang lagi 3 taktau lah xD Lepastu, saya pun terfikir, takkan nak biar je nanti taktau yang mana yang mana? Takkan nak jawab yang tu yang ni tak best langsung, maksdunya disini, saya bagi ikan-ikan tu nama lahhh. Haha. Okay, ikan gapi 2 ekor tu yang betina saya bagi nama GAMMA, yang jantan pulak BETA. Disusuli 3 ekor lagi PUPU, METILJINGGA dan GOCHY. Okay, mai tengok akuarium mai.





Tadaaa! Nilah akuariumnya, ni kalau tak bukak lampu dia, nanti I bagi yang lampu terbukak okay? Lepastu sambung cerita, esok paginya PUPU mati :( sebabnya air keruh rupanya PUPU tak macam gapi boleh duduk dalam air keruh, ikan apa tah PUPU tu taktaulah. Sedih je kan. Lepastu ayah pun pergi beli 3 ekor ikan baru untuk my only one lil bro. Suka sangat dia, dia tanya I, nak bagi nama apa? I pun bagi nama MOCHY, CYAN and AQUA.

Tiba-tiba esok pagi tukan, GAMMA melahirkan(taktau nak guna perkataan apa) anaknya ~ taktaulah berapa ekor, kecik gila kot susah nak kira. Masa waktu subuh tu, my lil bro bagitahu GAMMA was giving birth and I pun pergi tengok tapi pelik tengok GAMMA macam tak bermaya gila lah. Macam manusia kalau sakit guane? Gitulah ha. Then, tengah hari sikit, my lil bro kata GAMMA was dead sebabnya my daddy tukar air lupa letak garam hahaha tak faham sebenarnya. So, 2 ekor dah mati.

My lil bro mengamuk, mogok semua benda tau, sampai taknak bagi ikan tu makan sebab dia mintak ikan lagi ayah takmau beli. Tapi sebabkan dia the only one bro kan ayah beli jugak esoknya 2 ekor. Lepastu I pun letaklah nama LEO dan PUWIN. Kerja I memang bagi nama je kat ikan-ikan tu semua tapi kalau I tengah penat, I pergi jugak jenguk, tenang rasa hati, sungguh tak tipu. Jom tengok akuarium lagi hahaha.




So inilah akuarium dengan lampu hehehe. Sambung lagi sikit je cerita, tak larat dah nak baca? Alaaaaa sikit lagi ni. 

Lepastu, pagi tadi kalau tak silap I, my lil bro bagitahu AQUA was dead sebabnya tersangkut dekat celah celah batu karang. Ohhh mengikut jejak langkah PUPU dan GAMMA. RIP for them. Dah tanam pun, tanam kat mana taktahulah. Hehehe, so ada 7 ekor yang tinggal the babies in the aquariummm. Harap-harap bertahan lama, nak jugak tengok mereka membesar ^^ okay, sampai sini sahaja cerita babies ni untuk kali ini, kalau ada cerita lagi, I'll update okay? Bai! May ALLAH bless ^^

Inilah tuan punya aquarium tu. He's handsome just like my daddy ^^



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Monday, 8 December 2014

Segmen : Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman.

Assalamualaikum reader(s)!





Klik lah INI untuk join hihi ^^

Okay, sini sini rapat sikit nak cerita niii. Lelaki jauh lah sikit eh, serious harini ni sebab tak pernah seumur hidup blog aku ni aku ditag dan sebagainya hahaha. Ai telah ditag olehhhhh cik tyra sopian the lovey dovey friend. So ai pun layan ah dia dah ditag kan ahaha. So ai taktahu nak cakap apa dah, jeng jeng jeng.


Apa yang korang perlu buat: 
-Nak follow Cik Iman atau tak, Cik Iman tak kisah. 
- Buat post baru bertajuk "Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman" 
-Tampal banner gambar Iman Jr tu kat post korang dan backlink ke post Cik Iman nie.  
-Tag paling kurang 3 blogger lain. Nak tag lebih, lagi afdal ekeke 
-Tinggalkan URL entry korang kat post kat blog Cik Iman ye sekian terima kasih~
- Lagi afdal kalau awak awak semua follow Cik Iman!

merah menyala kauuu haa, haha. So aku nak tag siapa ni ek?

tadaaaaa.

Ella 
Qistina

Okay, habis. May ALLAH bless ^^



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Friday, 5 December 2014

Holiday ke just a visit?

Assalamualaikum reader(s)!

Hi korang! (kot adalah korang tu kan), kalau takda takpe pun aku dah biasa bebel sorang sorang. Hahahaha puhleaseeee beria sangat macam ayat touching pahal. Sihat ke tu? Btw, semalam aku buat ujian statik tau, kali kedua baru pass. Sedih kan? Melayang duit ~~~ tapi takpelah nak buat camane, careless punya pasal. Keluar 15 minit awal sangat nampak sangat poyo betul semua hahaha. Korang nanti jangan keluar awal tau? Guna masa yang ada sebaik baiknyaaa hehehe. Okay aku bukan nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal, holiday ke just a visit?

Aku nak pergi KL kejap lagi ni, tak sampai satu jam pun daripada aku update blog ni, hahaha. 'Waaaaa, bestnya holiday' 'Waaaa untunglah, I tak pergi memana pun' 'Waaaaa syoknya jalan jalan' waaa sana waaa sini -.-' takda waaaanya, KL bukan nak pergi mana, aku rasa ni just a visit lah, dalam setahun berapa kali aku pergi KL sana nuh, aduiii ayah macam takda tempat lain nak bawak angah berjalan kan? Eceh demand tinggi, berjalannnnn je kerja! Macam tak holiday memana pun, pergi KL pun macam rumah sendiri dah tapi ada BBW tau! Apa tu? Big Bad Wolf lahhh! Wohooooo syioknyaaaaa tu pun kalau ada orang nak bawak sebenarnya, kalau takda, jalan lah kau kat tasik bawah apartment tu kan, hahahaha! Tapi sekarang ni tengah pokai lah nak beli camane, huhuhuhu ibu bising nanti cakap beli buku apa jeeee, kalau buku sekolah takpe jugak. Halamak bu, angah mana sekolah dah. Betul tak 1997? Hahahaha bajet kau yeee, tak tak tak. Okay tu jelah nak cerita sebenarnya, hahaha. Doakan perjalanan pergi dan balik ai dan family selamat yawww! Don't miss me yaaa! Masa kat sana ai tak update tauuu. Hahahaha muntah lambak lambak, siapa je nak rindu kau tuhhh afifah hoi. Okay lah, korang pun have fun ye cuti ni, tak lama dah nak bukak sekolah untuk adik-adik yang masih bersekolah tu, jangan macam macam ye cuti-cuti ni nanti tak pasal pasal ada kejadian kejadian yang tak diingini berlaku, nauzubillahi min zalik ~

Okay lah korang, have a nice holiday! Or mungkin yang balik kampung ke pergi rumah sedara ke kan, have a safe journey yeee! Bai bai, may ALLAH bless ^^

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Tuesday, 2 December 2014

Sedih hati kita :'(

Assalamualaikum reader(s)!

Di tengah malam buta takda lah buta mana pun, baru pukul 23.56p.m. Pasaipa duk ternganga depan laptop tu? Tak paham bahasa doplohpatjam aku tu? Aduiii itulah, pergi sekolah belajar, bukan suruh main. Hahahahaha pembebelan yang takda faedah berlaku disitu yaaaaa. Malam ni sedih sikit ah. Sikit aje tak banyak pun. Korang nak dengar tak cerita sedih aku ni? Dengarlah, sampai hati takmau dengar susah payah aku tarik kelopak mata aku dengan pencungkil gigi sebab nak bagi korang baca entry baru. Habat sangat perangai engkauuu kan afifah! Hahahaha!

Apakah yang telah membuat gerangan puteri hati hamba ini bersedih? Kata Tuan Putera Bikrama Buspa Kayangan, haaa prosa tradisional BM sangat kauuu padahal entah betul ke tidak nama dia aku taip tu. Dah pahal aku taip macam kura kura oh malam ni, satu satu keypad aku tekan. Boleh bayang tak? Yang macam orang baru belajar menaip tu kan, dia taip bapak segala kuatnya tak hengatttt katekooo. Ha, jangan merepek sangat. Sambung balik kisah sedih engkau sangat tu afifah!

Macam ni, ke kau nak bahasa baku? Begini, aku ni dah lama tak tengok vampire diaries tau, baru sampai season 4 lepastu tadi aku bercita cita nak sambung tengok sampai season 6 yang dah keluar ni, tapinya aku cari cari berapa banyak websites dah aku tuju ngan senapang hahaha tak. Aku dah bukak banyak websites, semua taknak kasi aku tengok :'( sedih ah ceniii, merajuk ahhh. Kejap kejap, korang tau tak vampire diaries ni apakebendenya? Kalau dah tahu baguslah, kalau yang taktahu tu meh baca kat meh alaaa bucuk bucuk bacin kauuu.

"The Vampire Diaries is a supernatural drama television series developed by Kevin Williamson and Julie Plec, based on the book series of the same name written by L. J. Smith. The series premiered on The CW on September 10, 2009." - ini pakcik google yang bagitahu tau. Korang nak tahu dengan lebih lanjut? Boleh klik link di sebelah ---> http://en.wikipedia.org/wiki/The_Vampire_Diaries

Kalau tak paham bahasa omputih tu pergi lah translate, dah banyak kemudahan pun pemalas lagi, apaaaa nak jadi haih, hahaha. Serupa je dengan kau tuuu, jangan nak membongak. Macam nilah, aku ni nak tanya, kalau lah ada orang yang baca entry ni, boleh tak drop kat comment bagi websites yang boleh aku tengok vampire diaries ni secara free? Dulu boleh takkan searang dah tak boleh kot? Janganlah, sedih aku camni, nanti kang dia dah sampai season 50 aku masih lagi tercangak cangak dekat season 4. Hahahaha nampak sangat membongak. Tapi serious talk, siapa siapa yang baca entry aku ni kan tak kira lah sengaja ke tak lepastu dia tahu macam mana aku nak tengok cite vampire diaries ni secara free sambil online, boleh drop kat comment. Pertolongan anda amat amat dihargai. Nanti bagi coklat seposen 2 hehehe.

Tolonglah pleaseee, nak nangis rasa aku dah tak ingat pulak websites yang aku tengok dulu tu masa 2012, lama dah. 2 tahun lepas dah, mana aku nak ingat, banyak lagi mende lain yang aku kena ingat ye tak? Haaa, sudahlah, aku malas nak melalut lalut sangat, mata pun dah ngantuk tiba tiba ada orang kata "ek eleh, baru pukul 00.13a.m. tak rare ah luuu" kesah pulak aku kan rare tak rare kepala lutut kau, aku nak tido hahaha tengok dah kasar. Maafkan saiaaaa. Okay sebenarnya aku nak mintak tolong tu je, menghilangkan rasa sedih di hati iniii. Kalau tahu, bagitahu lah cepat cepat yaaa. Aku harap sangat ni, adalah orang nak mengomen memberitahu aku yang sedih ni macam mana nak tengok vampire diaries secara free sambil online. Eh? Okay ayat aku dah brulang, cikgu BM aku kata kalau ayat berulang ni nanti tak dapat markah banyak, so baiklah aku berundur kannn hahaha. Layan lah gambar The Vampire Diaries kat bawah ni.

 Season 1.



Season 2.
 


Season 3. 
 

OMG, klaus and damon ^^

Season 4.
 


Season 5.
 

Alahai Damon Salvatore xD
 

Season 6.
 
 Pasaipa Damon buat rambut macam tu? @_@


Oh my god. My Ian Somerhalder, walaupun dia bukan main hero tapi takpa. I like him hehehe xD Tolonglah ye siapa siapa yang biasa tengok movie inggeris tu, kasilah websites kat I ni ^^ Okay bai bai. May ALLAH bless.

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Baby, I'm back!

Assalamualaikum reader(s)!

Di petang yang indah dan nyaman yang aku pun taktahu nak cakap camane memang indah nyaman gila lah sejak beberapa hari yang lalu kan, SPM dah habis katekooo mana tak nyaman. Takkk, belum officially lagi habisnya, esok hari last SPM tapi aku dah habis dulu, awal tauuu! Bajettt padahal 25/11/2014 haritu je bukan awal mana pun tapi sukahati aku lahhh. Sambil sambil makan biskut lexus chocolate cream 2 pasang yang sekali ngap je dah habis macam aku ngap orang orang yang kacau hidup aku okay tipuuu. Biskut tu panggil 2 pasang ke? Suka suka jiwa aku je nak cakap lantaklah. Okay sambung, sambil makan biskut lexus yang enak sehingga menjilat bijik bijik mata kan lepastu ditemani pulak lagu Danger by BTS kan huyohhh dengan angin yang kuat daripada kipas bilik aku ni ibaratnya ada kat pantai, tinggal nak banjirkan bilik je lagi lepastu tabur garam, maka jadilah pantai hahaha. Aku nak cakap yang AKU DAH HABIS SEKOLAH HUYOHHH! Hahaha, dah terhuyoh huyoh pahal, macam apa je.

*             *          *          *          *

Baby, I'm back, aku balik semula ke dunia blogging aku yang tak seberapa ni, aduiii aku malas betul bila typo nak backspace bagai bagai nak tulis semula penat lah korang buat buat faham je lah eh, lagipun typo tu tak jauh pun dengan perkataan yang sebenar, haaa. Siapa yang baca blog aku ni umurnya 17 tahun dan keatas tahun ni mesti paham apa yang aku rasa kan, eheh. Siapa yang under 17 tu, maaplah ye adik adik, nanti hakak kasi gula-gula satu sorang, arraso? Bukan nak cakap apa sangatlah kan tapinya cuma nak cakap, aku dah kembali, so siapa-siapa yang rasa rindu nak baca entry aku (poyo poyo ada) tu bolehlah kembali membaca, aku akan cuba sedaya upaya sekuat usaha sehingga menjadi sado nak membuat entry sekerap yang mungkin okay? Hahaha kalau perasan bagi lah kat aku, tadi bapak melimpah ruah idea aku nak tulis, ini dah tersekat-sekat pulak, ni yang aku tak suka ni, kena merepek meraban dulu, barulah nak datang mende yang aku nak cakap. Maaflah, blog aku ni tak guna bahasa baku sangat. Jikalau kamu semua mahu, boleh sahaj tetapi kamu semua pun harus membacanya dengan pronounce yang betul, bisa enggak? Heh? Heh? Heh? Minah indon dah keluar, katanya ada darah jawa, biasa aja kali.

*           *           *          *          *

Ekceliiii, ai nak cakap yang nanti ai mesti rinduuu sangat dekat classmates ai yang bapak annoying segala bagai, uhm uhm bapak gedik rasa nak campak dari klcc tingkat 88. Classmates aku pulak, kalau ada yang baca ni tak payah mengada nak terasa sangat aku cakap korang annoying okayyy. Tu yang buat aku sayang kat korang sebenarnya, ececeh habat luah perasaan kat blog. Tahan jelah reader(s) aku yang tersayangye, lama dah korang tak muntah hijau kan, harini aku bagilah korang muntah. 

Sebenarnya, aku nak naikkan balik blog aku ni macam dahulu kala, poyooo macam terkenal sangat padahal followers tak sampai ribannn lagi. Takpelah sekali sekala poyo, nak merasa jugak. Asyik orang lain je poyo kannn. Aku ni nak letak gambar kelas aku tapinya kau tau tak malas nak pindah pindah kan dari phone? Aduiii, nanti nantilah ye korang tengok wajah wajah kesayangan hamba semuanya. Lama jugak aku pot pet pot pet ni, sampai dah 3 buah lagu BTS habisss. BTS tu apaaa? Tertanya tanya lah manusia yang tak layan K-pop kan. BTS tu Bangtan Boys. Bangtan Boys tu boy group from korea ~~~ Sudah sudah, aku bukan nak cerita pasal mereka tapi aku ni dah banyak melalut rasanya. Jom lah kita beransur daripada ada manusia yang oengsan sebab tak tahan dengan ayat aku yang banyak tah apa apa ni. Biarlahhhh, kan kata blog aku, awak taknak baca pun takpelah, asalkan aku boleh tersengih sengih macam kerang busuk depan laptop ni. Okay, nanti lagi panjang kisah aku ni.

Entry ni aku nak cakap yang aku kembali berblogging je sebenarnya, sebab aku dah habis exam SPM and aku nak cakaplah disebabkan aku tak sekolah dah tahun depan, I'm gonna miss my classmates, this is serious talkkk. THIS IS PANTAI TIMUR! Okay tetiba kan hahaha baiii. May ALLAH bless ^^



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Monday, 7 April 2014

Epic Entry.

Assalamualaikum reader(s)!

Ehem, masih adakah manusia yang membaca blog aku nih? Rasa macam takda je dah, hahaha. Tapi takpelah, ada ke takda ke, aku still nak update nak cakap sikit je, sikit je ni tau. SIKIT. Maaflah, busuk gila blog buruk ni. Last update 1 Oct 2013 kot, mana taknya. Sekarang dah 7 Apr 2014. Gila tak busuk. Tahun 2014 ni umur aku dah 17 tau. Tua dah, tak sangka pun ada. Apa benda yang tak sangka pun aku taktau. Bila orang yang umur 17 ni memeang buddies betul lah dengan 3 huruf ni. Apa benda? Takkan taktau, itu kurang pandai namanya. Haaa 3 huruf tu ialah SPM. Lol, S to the P to the M. Lepastu korang pun tertanya tanya apa masalahnya? Haaa, sini nak cakap masalahnya takda masa nak update blog tulah, ni pun curi masa sikit maklumlah seperti ayat ayat yang biasa family aku dengar aku cakap, "emm I'm sorry, I'm busy lady" ohhh man, gedik sangat, kesah apa. Hahahaha. Okay, so sekarang ni aku nak cakap dalam tahun ni memang takda lah kot update dari aku, nanti lepas SPM in sha ALLAH aku akan bergiat semula dalam aktiviti menaip merepek dan sebagainya ini. Ewah, bergiat kauuu, tak mudahhhhh. Orang orang yang selalu menantikan update dari aku tu terima kasihlah, maaf lah buat korang terbosan menunggu. Ayat macam adaaaaa je orang ternanti nanti update aku. KOYA. Okay fainnnn. Apa apa jelah. Janji motif aku dah bagitahu kat sini. Selama 2014 ni mungkin takda update dari aku. Dengar ye anak anak. MUNGKIN. Kalau terajin ke kan aku hupdate lahh, haaa, jangan risau. Jangan worry, poyo poyo je okay. Kalau takda tu teruskan lah menunggu, mungkin update dari aku tak sehebat blogger blogger pemesh diluar sana tu, tapi sekadar berkongsi cerita diri yang tak seberapa ini. Sekian sahaja pembebelan singkat dari saya. Sampai ketemu lagi ibu ibu bapak bapak! xD May ALLAH bless.

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.