Monday, 24 December 2012

The Result.

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Chuyyyy! Perghhh! Busuknya blog ini nya pun. Sudah lama tidak update nya pun. Berapa hari sudah eh? Kira-kira. Cepat! Apa dia? Berapa hari? Nak masuk enam hari dah?! Lohh, tak lama mana pun sebenarnya, hahaha. Okay, tengok title tu. Best tak title tu? Tak best? Berambus kau dari sini kalau rasa tak best. Haha. 'The Result' <------ title ni nak menceritakan result aku yang tak berapa syok, tangkap lentok, takda-takda semua tu. Wakakaka. Tah apa-apa. Macam orang takda arah tujuan hidup je. Kita ni hidup kena ada tujuan tau tak? Baru berjaya, cewahhh. K stop. Lencong habis! Takda tarik handbreak punya maaa. Macam ni lah, ada yang request nak tau result aku, maklumlah, aku takda pun post gambar result aku. Result tak gempak lah, tak seperti yang diharapkan tapi takpe lah. Nak menyesal takda guna nya pun, terima je lah. Ayah aku kata 'Tulah, main kuat sangat.' Oh, kalau main tak kuat, mesti dapat best kan ayah? Hehe. Nak tengok result aku tu eh? Jap eh, nanti kejap lagi aku bagi gambar. Actually, entry kali ni pendek je. Nak bagitau pasal result je pun. Kalau ada orang baca, ada lah. Kalau takda, takpe *ayat pasrah* Menyampah mak, nyah! Haha. Okay, nak tengok result aku eh? Scroll sikit boleh tak? Pandai ye pakcik makcik semua. Good job. Thumbs up (y)

5A3B1C :/
Bahasa Melayu - A
Bahasa Inggeris - B
Mathematics - A
Science - B
Sejarah - A
Geografi - B
KHB(Ekonomi Rumah Tangga) - A
Pendidikan Agama Islam - A
Bahasa Arab - C

Awat? Tak percaya ka ni result aku? Ingat aku curi ka? Takdak masa aih. Congrats okay for those yang dapat 7A's and above. Yang 6A's and below jangan menyesal sekarang, SPM ada lagi noh, buat betui-betui nanti SPM :) Sedih ceq tapi takpa aih. Redha :) 

'AmazingAfefa'


Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Tuesday, 18 December 2012

I wish....................

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Chuyyyy! Dah jawab salam dah? Dah ke belum? Aku tanya elok-elok ni kan? Jawab elok-elok lah jugak. Haha, chill lah, gurau eh gurau. Okay, kalau dah jawab salam aku tu, jom baca apa aku nak cerita kali ni, okay? Okay ke tak? Thumbs up sikit, cenggini (y). Okay, dah buat thumbs up? Dah? Okay, dengan ini, saya afifah zahid ingin memulakan ceritanya yang tak berapa best tapi kalau campur garam dengan gula sikit, confirm best! Apakah? Oh god, jauh sudah melayang sudah perginya, haha :P Baca title kuat-kuat sikit! I WISH. Kuat lagi. I WISH!! Kuat lagi. I WISHHHHHHHHH!!! Hahahaha, k annoying. Apa yang I wish sangat tu? Nak tau tak? Nak tau? Okay, jawab soalan ni dulu. Harini berapa haribulan? Teeetttttt, masa tamat. Harini 18/12/2012 lah, apedah lambat. Haha. So, apa kena mengena mengena mengena? Haha. Takde kena mengena pun, yang kena mengenanya esok. Esok berapa haribulan? 19/12/2012 kan? Esok aku akan berumur 15 tahun 5 bulan. Hukhuk, bukan tu yang menjadi tajuk cerita sekarang, haha. Saja kasitau :P Okay, disebabkan esok aku 15 tahun 5 bulan, I hope that date will give me something special or luck :( Esok, aku nak ambik result weh. Result PMR. Apa tu PMR? Penilaian Menengah Rendah lah :D So, sekarang ni I wish I will succeed in PMR :| *pegang tisu, lap hidung* Well, aku dah lah tengah flu sekarang. Sangat rimas rasanya :( 

I wish I will got 7A's and above :|

I wish...

Now, aku rasa macam-macam. As example, excited, happy, sad and so on :( Korang yang baik hati, doakan kami(batch 97') dapat result yang akan membanggakan parents kitorang. ALLAH S.W.T saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua :)

I hope that I will be like this tomorrow :D

See, gembirakan diorang? Aku nak jadi macam diorang esok. I wish and I hope that :) Semoga aku dan sahabat-sahabatku yang lain akan tersenarai dalam nama pelajar-pelajar yang cemerlang. Amin ya rabb :)

9A's. In shaa ALLAH :)

Aku kalau boleh, nak 9A, tapi macam takda harapan je. So, aku target nak dapat 7A dan ke atas, tu je yang mampu. Tapi kalau tak sampai target tu, aku redha :(



Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aku berdoa kepadaMu, semoga Engkau memberikan(keputusan) yang terbaik buat kami(batch 97'). Sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu mangabulkan doaku ini. Engkau lah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami(batch 97'). Engkaulah juga yang Maha Mendengar doa kami(batch 97'). Amin ya rabbalalamin.

`AmazingAfefa`






Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Friday, 14 December 2012

My mom birthday's! ^_^

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Okay, first of all aku nak cakap sorry kat korang semua. Sebab apa? Sebab? Anyone? Ada yang tahu tak? Hehe. Kalau tak tahu, meh aku bagitau. Sorry sebab aku janji nak update blog semalam kan? But, tak update pun sebab aku pergi berjalan semalam. Hukhuk. Pergi Bukit Tinggi yaw! Later I'll update about that :) Harini aku nak cerita pasal tarikh semalam. 13.12.12. Kenapa dengan tarikh semalam? Ada apa? Ada apa? Okay, tarikh semalam birthday ibu aku. Ada sesiapa kat sini birthday dia semalam tak? Kelip mata sikit, nak tengok berapa ramai. Haha. Kerja gila :P Okay, kalau ada yang birthday dia hari semalam aku nak ucapkan Happy Belated Birthday lah kat korang semua okay :) Semalam nothing happen sebab aku pergi berjalan. Harini baru jadi something sikit. Ayah aku nak belanja kitorang makan. Makan je pun, tu pun nak kecoh. Entah ifa ni, tah pape. Haha. Stop being nonsense. Okay, sebenarnya aku nak cerita. Aku ada buat kad untuk ibu aku tu. Idea aku ni beb tapi aku tulis kat kad tu daripada semua adik beradik aku. Baik tak aku? Baik tak, baik tak? Haha, okay, perasan sangat aku ni. Okay, aku takde idea dah nak cakap apa lagi. Aku nak tunjuk kad yang aku buat tu. Aku rasa tak berapa nak cantik tapi boleh lah kot. Almaklumlah, I ni mana pandai bab-bab seni ni. Hanya mampu buat apa yang termampu. Eceh. Haha, scroll sikit kalau nak tengok. Kalau taknak dengar aku membebel walaupun tak panjang mana pun entry ni aku rasa, sila pangkah tab tu sekarang, dipersilakan. Jeng jeng jeng! Scroll sikit lagi wahai akak/abang/adik/bayi yang cantik/jelita/kacak/menawan/comel/gorgeous/adorable and so on. Haha.

Ni bahagian depan.

Ni pun sama.

Ni bahagian belakang.

ISZA <3 nama gabungan ibu dengan ayah aku :) *Bentuk love agak buruk disitu --'

Haha, okay, ni lah dia kad yang aku buat tu. Cantik ke tak? Bila jawab tu, jujur je lah. Aku tak kesah, tak tacing pun. Haha. Design kad ni bukan aku buat sendiri tau. Aku tiru design orang. Sorry ye kak AMIRA ISHAM, saya tiru design kad akak. Haha, maklumlah, saya ni tak pandai nak design sendiri. Orang takde bakat seni, gitulah jadinya. Hehe, okay sekarang ni aku nak tunjuk ibu aku pulak. Korang memang lah tak kenal, aku nak tunjuk je. Kalau taknak tengok, tak payah lah tengok. Aku malas nak paksa-paksa orang okay. Huuuu. Tengok bawah tengok bawah. Scroll lah oi, apedahh :P

Raya 2 tahun lepas :)

Masa kat langkawi 2 tahun lepas. Ada gaya muka aku tak? Hehe.

Raya tahun lepas :D

Raya tahun ni ^_^

Sorry, ibu aku takde gambar sorang. Semua gambar dengan ayah aku and meti time raya yang banyak, hehe. Maklumlah, ibu aku tak minat bergambar, bukan macam anak dia ni, gila kamera. Hihihi. Okay lah, sampai sini dulu cerita aku. Nanti aku update lagi tapi aku tak janji bila eh? Rajin-rajin lah mengusya blog buruk aku ni. Okay, enjoy your reading! Tata :)

`AmazingAfefa`



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12 :)

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Oh, what a beautiful date? :)

Okay okay, aku tahu date tu cantik kan? So, mesti ramai yang declare harini. Yeke? Betul ke kenyataan tu? Aku pun taktahu lah kan. Oh, tahun ni last ada date yang cantik macam ni tau. Tahun depan dengan tahun-tahun akan datang mana ada dah, betul tak? So, apa yang terjadi kat diri korang hari ni? Something yang gembira or something yang sedih? Harap-harap takda lah perkara sedih yang berlaku hari ni kan? Oh, hari ni teramat lah bosan. Aku taktau nak buat apa dah. So, aku decide untuk update blog je lah dan terjadi lah post ni. Mungkin tak best pun kan, yelah, aku mana pandai sangat nak membebel-bebel benda yang pelik-pelik. Nanti kalau buat orang terasa, kan payah tu namanya. Haha. Siapa rasa nak share apa yang terjadi dekat dia harini? Just leave a comment, aku mesti baca. Ada ke orang nak cerita kat aku ni? Hahaha. Okay okay, 12.12.12 dekat ja near near ja kan dengan 19.12.12. Oh, counting days :/ Awat dengan 19.12.12 tu? Aku nak ambik result lah, result apa? Result PMR lah hangpa tau dak, seghammmmm noh. Huuu. Ketaq buku lali ceq. Haha. Okay, bulan 12 tahun ni banyak menda yang penting-penting aku rasa. Entahlah pulak kan. Well, esok 13.12.12, birthday ibu aku. Say Happy Birthday to my mom! Faster! Haha, k gurau ja, jangan marah noh. Tak comel la marah cenggitu. Senyum sikit, cenggini :) Okay, sudah mengarut sehingga ke lubang cacing aku punya cerita ni. Sampai sini dululah. Tomorrow I'll updated again. About my mom pulak kay sebab esok kan birthday my mom. Birthday sapa lagi esok? Bulatkan mata anda, haha, takda pekdah. Okay, sampai jumpa lagi ^_^

`AmazingAfefa`


Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Tuesday, 11 December 2012

Mian haeyo :'|

//Assalamualaikum and hello hello. What's up readers?//

Jawab salam tu dulu, okay, baru bagus cenggitu. Cenggini (y) Harini, aku nak cerita apa ya? Aku pun tak tau nak cerita apa tapi title aku tu apa dia? Mian haeyo is a korean language. In english that's mean I'm sorry. What?! Tak faham lagi ke? Dalam bahasa melayu maksudnya aku minta maaf. Clear? Okay. Aku nak mintak maaf kat siapa ni? Huuu, aku nak mintak maaf kat sahabat-sahabat aku yang tengah bersedih tu. Hm, aku cuba dah nak jadi sahabat yang baik tapi aku rasa aku tak boleh, lagi menyesakkan korang, ada lah kan? Aku nak cakap macam mana lagi pun aku tak tahu. Aku dah nasihat itu ini, tapi macam tak berkesan je kan? Macam mana lagi aku nak buat pun aku taktau. Aku tau korang rasa serabut dengan apa yang aku buat, ye dok? So, aku buat lah post ni khas untuk korang, harap korang sudi baca lah. Berdirinya aku disini *occeyh, padahal tengah baring* nak cakap yang aku mintak maaf kalau aku buat korang rasa serabut, rasa tak selesa or whatever rasa yang tak sedap lah. Aku cuba dah bagi nasihat kat korang terpulang korang nak terima ataupun tak okay. Aku sedia jadi tempat korang nak luah perasaan, tu pun kalau korang nak lah. I'll always by your side friends :* Okay lah, aku rasa takda apa sangat, cuma aku harap korang dapat terima permintaan maaf aku ni okay? Aku taknak serabut kan hidup korang, korang dah lah tengah sedih right? Love much <3

Sorry sebab serabutkan korang :')

Sorry for everything :'|

I'm sorry. I'm not good enough :'(

Untuk korang:
TOLONG JANGAN MENGHARAP PADA SESUATU PERKARA YANG KITA TIDAK PASTI. TOLONG JANGAN MENGHARAP JIKA IANYA SUKAR UNTUK DIMILIKI.
TOLONG JANGAN MENGHARAP JIKA KITA TAHU YANG KITA TIDAK MAMPU UNTUK MILIKINYA. NANTI DIRI SENDIRI AKAN SEDIH DAN KECEWA :')

A tears is made of 1% water and 99% feelings.

>Goodbye readers. Please press the LIKE button if you like it and please come again<

`AmazingAfefa`




Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Sunday, 9 December 2012

2 dalam 1 :)

//Assalamualaikum and hello hello. What's up readers?// 

Chuyyy! Lama tak nampak, pergi mana? Paris? Istanbul? Aha, baru balik dari istanbul ni, hahaha. Cukup eh cukup. Cukup perasan. Hahahah. Banyak gelak, tak baik oi! *troll face* Okay, hari ni nak cerita apa sebenarnya eh? Asal title 2 DALAM 1? Hm hm, sebenarnya nak cerita banyak benda tau tapi cerita 2 jelah. 2 cerita dalam 1 post, paham ke idokk? Haha. Gelak lagi, see. Trolololo. Okay lah. Yang first sekali, I nak cerita pasal adik I ni. No no, bukan adik kandung, adik tipu-tipu. Haha, boleh pulak cenggitu. Idokk ler. Dia ni adik kepada kawan I tapi I anggap macam adik I je. Nampak kegedikan di situ? Haha. Okay, macam ni, sebenarnya nak cerita, gambar dia sama dengan gambar I, no no no, bukan dia ambik gambar I, cara pose tu yang sama. Bak kata kawan kakak I, gambar macam 'VOLDERMORT'. Apa tu voldermort? Search google maa, tu pun mau ajar ka? *maaf kalau salah eja* Okay, nak tengok tak gambar pose yang sama tu? Nak nak nak? Angguk ke geleng? Kaki nak? K tetibe --' Sila scroll 2 3 biji. Eh, lupa nak kasi tau nama. Nama dia Puteri Alia Kesuma Firdaus Binti Juhar. Amboi, panjang bebenor :D



Ehem ehem, sebelum I teruskan cerita, siapa yang dah menyampah muntah tahap kronik sampai warna pelangi, sila keluar okay. Ha? Guane nok kelua? Mung ni, masuk pandai, kelua dok pandai, sepok ekgi. Haha, joke eh joke. Pangkah jelah tab tu, susoh ngat nya! Haha. Okay, let's go through to the other story, cehh sepekeng london lah kunun. Haha --'

***

Dear friends,

I know it's hurt for your heart. Err, udoh ler sepekengnya, uduh benar, haha. Okay lah. Kawan-kawan ku sekalian. I mean GangSTAHH. Jangan biarkan lelaki senang-senang buat airmata kita mengalir tau. Kita kena kuat, kuatkan hati. Hm hm, kita tak boleh lemah, senang orang pijak-pijak hati kita ni tau? Okay, jangan senang jatuh cinta dengan orang, cuba eh cuba. Lelaki macam tu takda gunanya, sekejap suka orang ni, suka orang ni pulak. Takda future lah, buat sakit hati je. Okay, be strong. I'll always by your side. Aummmm <3 sayang korang semua. I love yeah :)



>Goodbye readers, press the LIKE button. Thank you. Please come again<

`AmazingAfefa`



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.