Saturday, 24 November 2012

Post karut =='

Assalamualaikum, hello and hi! Apa habaq hang semua? Ramai ke dak yang baca aku punya blog yang busuk lagi hapak serta bacin dan macam-macam lagi. Hari ni aku terasa gatal siku pulak dah sebab tu tiba-tiba post ni. Aku pun taktau nak cakap hape sebenarnya. Nak menghilangkan boring je kot sebenarnya. Hoi, pergi mandi lah, dah petang ni, boring apanya?! Haa, sudah aku tak tau aku tak tau, siapa tu siapa tu? Sudahlah mengarut nya, menyampah pulak orang nak baca karang. Dah la follower ada 8 je. Sadis betul hidup. Cuti-cuti ni amatlah boring, bukan amat je, tersangat-sangat sangat sangat boring sampai taktau nak buat apa lagi dah. Novel semua dah habis baca, nak ulang semula tak best lah baca banyak-banyak kali, adus, taik kucing betul. Mana taik kucing, mana? Pergi lah cari, tanya aku pulak, rumah aku takde kucing okay, harap maklum, maaf dan sebagainya. Pertanyaan yang karut tidak akan dilayan sama sekali. Terima kasih :) Apaaaaaa niiiiiii????!!!!! Tak mengerti aku, jari aku yang menaip dan otak aku yang menyampaikan semua benda yang aku taip ni, aku tak dapat cegah, aku tak dapat cegah. Oh nooooooo!!!! Sudah lah. Sudah sudah. Kejap. Hujan ke? Macam bunyi hujan tapi aku tak pasti, malas nak selak langsir, penat. Hahahaha, err -_-' Nanti aku nak try buat post "Mengarut tanpa menekan backspace" ramai je orang buat, nak jugak try, macam syiokkkk je, ahak ahak ahak. Tui, gelak macam nak keluar anak tekak hoi, Oh mannnn! Tengok tak Dora the Explorer? Yang musang tu kan selalu cakap Oh mannnnnn! Hahaha. Karut karut. Ada dah yang menyampah? Halamak ai, sila sila, sila keluar :) Keluar ke mana? Keluar dari blog aku lah oi, loading taik ayam betul lah. Maaf terkasar bahasa, tersilap bicara ye. Aku masuk air banyak petang ni. Maklumlah, perut lapar, tak makan lagi. Kesian tak? Kesian la kesian la, perut dah nyanyi-nyanyi lagu heavy metal dah. Isk, sedih, sadis + sayu betul. Hahahaha. Gelak lagi. Gila ke mende. Entah, aku pun tak pasti, hahaha. Lagi sekali gelak. Hahahaha. Mongek ler. Sudah lah, daripada aku merepek benda yang bukan-bukan, baik aku stop dulu kan? Kan? Angguk ler. Ish. Nak pergi mandi dulu lah. Malam nanti bodek ayah beli KFC. Yummylicious, aum :D Okay lah, maaf jika ada yang terasa, yang kepala gila-gila mesti tak terasa kan? Yang kepala asyik centre tu mesti terasa diperbodohkan sebab baca post karut ni, kesian xD Haha. Ehem ehem, *muka serious* Pray For Gaza ye kawan-kawan :)

`AmazingAfefa`

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Saturday, 3 November 2012

Why?

Assalamualaikum, hello and hi everyone *macam ramai sangat >.<* Sudah lama jari aku tidak menari-nari atas papan kekunci untuk bercerita. Harini pun sebenarnya aku taktau nak cerita pasal apa. Tapi aku letak title WHY?. Apa yang why nya? Kans? Taktau lettewww :P Okay, nak cerita lah ni, pasal tak sabar sangat? Cuba sabar sikit. Sabar itu sebahagian daripada iman tau dok? Dapat pahala tau :) Okay lah, kita mula cerita. Aku sebenarnya nak cerita pasal orang duk ugut-ugut aku ni. Kenapa dia ugut aku bagai? Aku buat apa dekat dia? Aku rasa aku takde pun buat apa-apa. Dia ugut dia nak bunuh sayang aku. Siapa tak takut beb? Goyang tu beb, tapi sikit je lah. Buat apa nak goyang banyak-banyak kans? Aku percaya ALLAH S.W.T. ada jaga sayang aku tu. Kalau korang kan, apa yang korang buat kalau ada orang ugut nak bunuh sayang korang? Mai share sikekkk. Aku bukan apa, risau je dan aku terfikir lah kan. Apa yang dia dapat dengan ugut aku camtu? Dapat DUIT ke? PAHALA jauh sekali. Kalau dia bunuh sayang aku tu pun, dia dapat apa? Dapat aku? Blah lah, tak hengen aku dengan jantan macam tu, puihh. Kalau nak kata dapat PAHALA, lagilah taknya. DOSA adalah. So, apa kejadahnya dia ugut macam tu. Aku pun tak faham lah, orang sekarang bukan boleh jangka. Tak fikir dunia dah tak lama, MASIH lagi nak buat jahat. Insaflah oi!

Untuk kau yang ugut aku *tu pun kalau dia baca*,


Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau ugut aku nak bunuh sayang aku tu? Apa aku dah buat kat kau? Aku kenal kau pun tak agaknya. Tiba-tiba je. Insaflah. Aku hanya boleh cakap, Semoga ALLAH S.W.T. membalas segala perbuatan kau. Hanya pada ALLAH S.W.T. aku berlindung dan aku tahu ALLAH S.W.T. dengar doa aku. Kau tak takut ke dengan azab ALLAH S.W.T.? Mungkin kau tak rasa lagi kan? Boleh lah kau berlagak. Sekarang ni, kalau setakat kau nak buat aku takut, sorry to say. Aku tak takut langsung!!! Sebab aku tahu ALLAH S.W.T. sentiasa ada dengan aku dan sayang aku. Hanya DIA yang boleh pisahkan sayang aku dengan aku. Aku percaya bahawa JODOH, PERTEMUAN, AJAL dan MAUT di tangan tuhan. Kau siapa nak ambik nyawa sayang aku? Kau siapa aku nak tanya? Kalau ditakdirkan sayang aku pergi, tu semua bukan sebab kau! Tapi sebab ALLAH S.W.T. yang mengkehendakinya. Sekian, terima kasih :|


Sesungguhnya, hanya pada ALLAH S.W.T. aku meminta bantuan dan hanya pada DIA juga aku berlindung :)



-“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS Al maidah 105)-


Manusia yang membebel,

AFIFAHZAHID
Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.