Monday, 24 December 2012

The Result.

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Chuyyyy! Perghhh! Busuknya blog ini nya pun. Sudah lama tidak update nya pun. Berapa hari sudah eh? Kira-kira. Cepat! Apa dia? Berapa hari? Nak masuk enam hari dah?! Lohh, tak lama mana pun sebenarnya, hahaha. Okay, tengok title tu. Best tak title tu? Tak best? Berambus kau dari sini kalau rasa tak best. Haha. 'The Result' <------ title ni nak menceritakan result aku yang tak berapa syok, tangkap lentok, takda-takda semua tu. Wakakaka. Tah apa-apa. Macam orang takda arah tujuan hidup je. Kita ni hidup kena ada tujuan tau tak? Baru berjaya, cewahhh. K stop. Lencong habis! Takda tarik handbreak punya maaa. Macam ni lah, ada yang request nak tau result aku, maklumlah, aku takda pun post gambar result aku. Result tak gempak lah, tak seperti yang diharapkan tapi takpe lah. Nak menyesal takda guna nya pun, terima je lah. Ayah aku kata 'Tulah, main kuat sangat.' Oh, kalau main tak kuat, mesti dapat best kan ayah? Hehe. Nak tengok result aku tu eh? Jap eh, nanti kejap lagi aku bagi gambar. Actually, entry kali ni pendek je. Nak bagitau pasal result je pun. Kalau ada orang baca, ada lah. Kalau takda, takpe *ayat pasrah* Menyampah mak, nyah! Haha. Okay, nak tengok result aku eh? Scroll sikit boleh tak? Pandai ye pakcik makcik semua. Good job. Thumbs up (y)

5A3B1C :/
Bahasa Melayu - A
Bahasa Inggeris - B
Mathematics - A
Science - B
Sejarah - A
Geografi - B
KHB(Ekonomi Rumah Tangga) - A
Pendidikan Agama Islam - A
Bahasa Arab - C

Awat? Tak percaya ka ni result aku? Ingat aku curi ka? Takdak masa aih. Congrats okay for those yang dapat 7A's and above. Yang 6A's and below jangan menyesal sekarang, SPM ada lagi noh, buat betui-betui nanti SPM :) Sedih ceq tapi takpa aih. Redha :) 

'AmazingAfefa'


Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Tuesday, 18 December 2012

I wish....................

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Chuyyyy! Dah jawab salam dah? Dah ke belum? Aku tanya elok-elok ni kan? Jawab elok-elok lah jugak. Haha, chill lah, gurau eh gurau. Okay, kalau dah jawab salam aku tu, jom baca apa aku nak cerita kali ni, okay? Okay ke tak? Thumbs up sikit, cenggini (y). Okay, dah buat thumbs up? Dah? Okay, dengan ini, saya afifah zahid ingin memulakan ceritanya yang tak berapa best tapi kalau campur garam dengan gula sikit, confirm best! Apakah? Oh god, jauh sudah melayang sudah perginya, haha :P Baca title kuat-kuat sikit! I WISH. Kuat lagi. I WISH!! Kuat lagi. I WISHHHHHHHHH!!! Hahahaha, k annoying. Apa yang I wish sangat tu? Nak tau tak? Nak tau? Okay, jawab soalan ni dulu. Harini berapa haribulan? Teeetttttt, masa tamat. Harini 18/12/2012 lah, apedah lambat. Haha. So, apa kena mengena mengena mengena? Haha. Takde kena mengena pun, yang kena mengenanya esok. Esok berapa haribulan? 19/12/2012 kan? Esok aku akan berumur 15 tahun 5 bulan. Hukhuk, bukan tu yang menjadi tajuk cerita sekarang, haha. Saja kasitau :P Okay, disebabkan esok aku 15 tahun 5 bulan, I hope that date will give me something special or luck :( Esok, aku nak ambik result weh. Result PMR. Apa tu PMR? Penilaian Menengah Rendah lah :D So, sekarang ni I wish I will succeed in PMR :| *pegang tisu, lap hidung* Well, aku dah lah tengah flu sekarang. Sangat rimas rasanya :( 

I wish I will got 7A's and above :|

I wish...

Now, aku rasa macam-macam. As example, excited, happy, sad and so on :( Korang yang baik hati, doakan kami(batch 97') dapat result yang akan membanggakan parents kitorang. ALLAH S.W.T saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua :)

I hope that I will be like this tomorrow :D

See, gembirakan diorang? Aku nak jadi macam diorang esok. I wish and I hope that :) Semoga aku dan sahabat-sahabatku yang lain akan tersenarai dalam nama pelajar-pelajar yang cemerlang. Amin ya rabb :)

9A's. In shaa ALLAH :)

Aku kalau boleh, nak 9A, tapi macam takda harapan je. So, aku target nak dapat 7A dan ke atas, tu je yang mampu. Tapi kalau tak sampai target tu, aku redha :(



Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aku berdoa kepadaMu, semoga Engkau memberikan(keputusan) yang terbaik buat kami(batch 97'). Sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu mangabulkan doaku ini. Engkau lah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami(batch 97'). Engkaulah juga yang Maha Mendengar doa kami(batch 97'). Amin ya rabbalalamin.

`AmazingAfefa`






Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Friday, 14 December 2012

My mom birthday's! ^_^

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Okay, first of all aku nak cakap sorry kat korang semua. Sebab apa? Sebab? Anyone? Ada yang tahu tak? Hehe. Kalau tak tahu, meh aku bagitau. Sorry sebab aku janji nak update blog semalam kan? But, tak update pun sebab aku pergi berjalan semalam. Hukhuk. Pergi Bukit Tinggi yaw! Later I'll update about that :) Harini aku nak cerita pasal tarikh semalam. 13.12.12. Kenapa dengan tarikh semalam? Ada apa? Ada apa? Okay, tarikh semalam birthday ibu aku. Ada sesiapa kat sini birthday dia semalam tak? Kelip mata sikit, nak tengok berapa ramai. Haha. Kerja gila :P Okay, kalau ada yang birthday dia hari semalam aku nak ucapkan Happy Belated Birthday lah kat korang semua okay :) Semalam nothing happen sebab aku pergi berjalan. Harini baru jadi something sikit. Ayah aku nak belanja kitorang makan. Makan je pun, tu pun nak kecoh. Entah ifa ni, tah pape. Haha. Stop being nonsense. Okay, sebenarnya aku nak cerita. Aku ada buat kad untuk ibu aku tu. Idea aku ni beb tapi aku tulis kat kad tu daripada semua adik beradik aku. Baik tak aku? Baik tak, baik tak? Haha, okay, perasan sangat aku ni. Okay, aku takde idea dah nak cakap apa lagi. Aku nak tunjuk kad yang aku buat tu. Aku rasa tak berapa nak cantik tapi boleh lah kot. Almaklumlah, I ni mana pandai bab-bab seni ni. Hanya mampu buat apa yang termampu. Eceh. Haha, scroll sikit kalau nak tengok. Kalau taknak dengar aku membebel walaupun tak panjang mana pun entry ni aku rasa, sila pangkah tab tu sekarang, dipersilakan. Jeng jeng jeng! Scroll sikit lagi wahai akak/abang/adik/bayi yang cantik/jelita/kacak/menawan/comel/gorgeous/adorable and so on. Haha.

Ni bahagian depan.

Ni pun sama.

Ni bahagian belakang.

ISZA <3 nama gabungan ibu dengan ayah aku :) *Bentuk love agak buruk disitu --'

Haha, okay, ni lah dia kad yang aku buat tu. Cantik ke tak? Bila jawab tu, jujur je lah. Aku tak kesah, tak tacing pun. Haha. Design kad ni bukan aku buat sendiri tau. Aku tiru design orang. Sorry ye kak AMIRA ISHAM, saya tiru design kad akak. Haha, maklumlah, saya ni tak pandai nak design sendiri. Orang takde bakat seni, gitulah jadinya. Hehe, okay sekarang ni aku nak tunjuk ibu aku pulak. Korang memang lah tak kenal, aku nak tunjuk je. Kalau taknak tengok, tak payah lah tengok. Aku malas nak paksa-paksa orang okay. Huuuu. Tengok bawah tengok bawah. Scroll lah oi, apedahh :P

Raya 2 tahun lepas :)

Masa kat langkawi 2 tahun lepas. Ada gaya muka aku tak? Hehe.

Raya tahun lepas :D

Raya tahun ni ^_^

Sorry, ibu aku takde gambar sorang. Semua gambar dengan ayah aku and meti time raya yang banyak, hehe. Maklumlah, ibu aku tak minat bergambar, bukan macam anak dia ni, gila kamera. Hihihi. Okay lah, sampai sini dulu cerita aku. Nanti aku update lagi tapi aku tak janji bila eh? Rajin-rajin lah mengusya blog buruk aku ni. Okay, enjoy your reading! Tata :)

`AmazingAfefa`



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12 :)

//Assalamualaikum and hello hello. What's up reader(s)?//

Oh, what a beautiful date? :)

Okay okay, aku tahu date tu cantik kan? So, mesti ramai yang declare harini. Yeke? Betul ke kenyataan tu? Aku pun taktahu lah kan. Oh, tahun ni last ada date yang cantik macam ni tau. Tahun depan dengan tahun-tahun akan datang mana ada dah, betul tak? So, apa yang terjadi kat diri korang hari ni? Something yang gembira or something yang sedih? Harap-harap takda lah perkara sedih yang berlaku hari ni kan? Oh, hari ni teramat lah bosan. Aku taktau nak buat apa dah. So, aku decide untuk update blog je lah dan terjadi lah post ni. Mungkin tak best pun kan, yelah, aku mana pandai sangat nak membebel-bebel benda yang pelik-pelik. Nanti kalau buat orang terasa, kan payah tu namanya. Haha. Siapa rasa nak share apa yang terjadi dekat dia harini? Just leave a comment, aku mesti baca. Ada ke orang nak cerita kat aku ni? Hahaha. Okay okay, 12.12.12 dekat ja near near ja kan dengan 19.12.12. Oh, counting days :/ Awat dengan 19.12.12 tu? Aku nak ambik result lah, result apa? Result PMR lah hangpa tau dak, seghammmmm noh. Huuu. Ketaq buku lali ceq. Haha. Okay, bulan 12 tahun ni banyak menda yang penting-penting aku rasa. Entahlah pulak kan. Well, esok 13.12.12, birthday ibu aku. Say Happy Birthday to my mom! Faster! Haha, k gurau ja, jangan marah noh. Tak comel la marah cenggitu. Senyum sikit, cenggini :) Okay, sudah mengarut sehingga ke lubang cacing aku punya cerita ni. Sampai sini dululah. Tomorrow I'll updated again. About my mom pulak kay sebab esok kan birthday my mom. Birthday sapa lagi esok? Bulatkan mata anda, haha, takda pekdah. Okay, sampai jumpa lagi ^_^

`AmazingAfefa`


Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Tuesday, 11 December 2012

Mian haeyo :'|

//Assalamualaikum and hello hello. What's up readers?//

Jawab salam tu dulu, okay, baru bagus cenggitu. Cenggini (y) Harini, aku nak cerita apa ya? Aku pun tak tau nak cerita apa tapi title aku tu apa dia? Mian haeyo is a korean language. In english that's mean I'm sorry. What?! Tak faham lagi ke? Dalam bahasa melayu maksudnya aku minta maaf. Clear? Okay. Aku nak mintak maaf kat siapa ni? Huuu, aku nak mintak maaf kat sahabat-sahabat aku yang tengah bersedih tu. Hm, aku cuba dah nak jadi sahabat yang baik tapi aku rasa aku tak boleh, lagi menyesakkan korang, ada lah kan? Aku nak cakap macam mana lagi pun aku tak tahu. Aku dah nasihat itu ini, tapi macam tak berkesan je kan? Macam mana lagi aku nak buat pun aku taktau. Aku tau korang rasa serabut dengan apa yang aku buat, ye dok? So, aku buat lah post ni khas untuk korang, harap korang sudi baca lah. Berdirinya aku disini *occeyh, padahal tengah baring* nak cakap yang aku mintak maaf kalau aku buat korang rasa serabut, rasa tak selesa or whatever rasa yang tak sedap lah. Aku cuba dah bagi nasihat kat korang terpulang korang nak terima ataupun tak okay. Aku sedia jadi tempat korang nak luah perasaan, tu pun kalau korang nak lah. I'll always by your side friends :* Okay lah, aku rasa takda apa sangat, cuma aku harap korang dapat terima permintaan maaf aku ni okay? Aku taknak serabut kan hidup korang, korang dah lah tengah sedih right? Love much <3

Sorry sebab serabutkan korang :')

Sorry for everything :'|

I'm sorry. I'm not good enough :'(

Untuk korang:
TOLONG JANGAN MENGHARAP PADA SESUATU PERKARA YANG KITA TIDAK PASTI. TOLONG JANGAN MENGHARAP JIKA IANYA SUKAR UNTUK DIMILIKI.
TOLONG JANGAN MENGHARAP JIKA KITA TAHU YANG KITA TIDAK MAMPU UNTUK MILIKINYA. NANTI DIRI SENDIRI AKAN SEDIH DAN KECEWA :')

A tears is made of 1% water and 99% feelings.

>Goodbye readers. Please press the LIKE button if you like it and please come again<

`AmazingAfefa`




Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Sunday, 9 December 2012

2 dalam 1 :)

//Assalamualaikum and hello hello. What's up readers?// 

Chuyyy! Lama tak nampak, pergi mana? Paris? Istanbul? Aha, baru balik dari istanbul ni, hahaha. Cukup eh cukup. Cukup perasan. Hahahah. Banyak gelak, tak baik oi! *troll face* Okay, hari ni nak cerita apa sebenarnya eh? Asal title 2 DALAM 1? Hm hm, sebenarnya nak cerita banyak benda tau tapi cerita 2 jelah. 2 cerita dalam 1 post, paham ke idokk? Haha. Gelak lagi, see. Trolololo. Okay lah. Yang first sekali, I nak cerita pasal adik I ni. No no, bukan adik kandung, adik tipu-tipu. Haha, boleh pulak cenggitu. Idokk ler. Dia ni adik kepada kawan I tapi I anggap macam adik I je. Nampak kegedikan di situ? Haha. Okay, macam ni, sebenarnya nak cerita, gambar dia sama dengan gambar I, no no no, bukan dia ambik gambar I, cara pose tu yang sama. Bak kata kawan kakak I, gambar macam 'VOLDERMORT'. Apa tu voldermort? Search google maa, tu pun mau ajar ka? *maaf kalau salah eja* Okay, nak tengok tak gambar pose yang sama tu? Nak nak nak? Angguk ke geleng? Kaki nak? K tetibe --' Sila scroll 2 3 biji. Eh, lupa nak kasi tau nama. Nama dia Puteri Alia Kesuma Firdaus Binti Juhar. Amboi, panjang bebenor :D



Ehem ehem, sebelum I teruskan cerita, siapa yang dah menyampah muntah tahap kronik sampai warna pelangi, sila keluar okay. Ha? Guane nok kelua? Mung ni, masuk pandai, kelua dok pandai, sepok ekgi. Haha, joke eh joke. Pangkah jelah tab tu, susoh ngat nya! Haha. Okay, let's go through to the other story, cehh sepekeng london lah kunun. Haha --'

***

Dear friends,

I know it's hurt for your heart. Err, udoh ler sepekengnya, uduh benar, haha. Okay lah. Kawan-kawan ku sekalian. I mean GangSTAHH. Jangan biarkan lelaki senang-senang buat airmata kita mengalir tau. Kita kena kuat, kuatkan hati. Hm hm, kita tak boleh lemah, senang orang pijak-pijak hati kita ni tau? Okay, jangan senang jatuh cinta dengan orang, cuba eh cuba. Lelaki macam tu takda gunanya, sekejap suka orang ni, suka orang ni pulak. Takda future lah, buat sakit hati je. Okay, be strong. I'll always by your side. Aummmm <3 sayang korang semua. I love yeah :)



>Goodbye readers, press the LIKE button. Thank you. Please come again<

`AmazingAfefa`



Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Saturday, 24 November 2012

Post karut =='

Assalamualaikum, hello and hi! Apa habaq hang semua? Ramai ke dak yang baca aku punya blog yang busuk lagi hapak serta bacin dan macam-macam lagi. Hari ni aku terasa gatal siku pulak dah sebab tu tiba-tiba post ni. Aku pun taktau nak cakap hape sebenarnya. Nak menghilangkan boring je kot sebenarnya. Hoi, pergi mandi lah, dah petang ni, boring apanya?! Haa, sudah aku tak tau aku tak tau, siapa tu siapa tu? Sudahlah mengarut nya, menyampah pulak orang nak baca karang. Dah la follower ada 8 je. Sadis betul hidup. Cuti-cuti ni amatlah boring, bukan amat je, tersangat-sangat sangat sangat boring sampai taktau nak buat apa lagi dah. Novel semua dah habis baca, nak ulang semula tak best lah baca banyak-banyak kali, adus, taik kucing betul. Mana taik kucing, mana? Pergi lah cari, tanya aku pulak, rumah aku takde kucing okay, harap maklum, maaf dan sebagainya. Pertanyaan yang karut tidak akan dilayan sama sekali. Terima kasih :) Apaaaaaa niiiiiii????!!!!! Tak mengerti aku, jari aku yang menaip dan otak aku yang menyampaikan semua benda yang aku taip ni, aku tak dapat cegah, aku tak dapat cegah. Oh nooooooo!!!! Sudah lah. Sudah sudah. Kejap. Hujan ke? Macam bunyi hujan tapi aku tak pasti, malas nak selak langsir, penat. Hahahaha, err -_-' Nanti aku nak try buat post "Mengarut tanpa menekan backspace" ramai je orang buat, nak jugak try, macam syiokkkk je, ahak ahak ahak. Tui, gelak macam nak keluar anak tekak hoi, Oh mannnn! Tengok tak Dora the Explorer? Yang musang tu kan selalu cakap Oh mannnnnn! Hahaha. Karut karut. Ada dah yang menyampah? Halamak ai, sila sila, sila keluar :) Keluar ke mana? Keluar dari blog aku lah oi, loading taik ayam betul lah. Maaf terkasar bahasa, tersilap bicara ye. Aku masuk air banyak petang ni. Maklumlah, perut lapar, tak makan lagi. Kesian tak? Kesian la kesian la, perut dah nyanyi-nyanyi lagu heavy metal dah. Isk, sedih, sadis + sayu betul. Hahahaha. Gelak lagi. Gila ke mende. Entah, aku pun tak pasti, hahaha. Lagi sekali gelak. Hahahaha. Mongek ler. Sudah lah, daripada aku merepek benda yang bukan-bukan, baik aku stop dulu kan? Kan? Angguk ler. Ish. Nak pergi mandi dulu lah. Malam nanti bodek ayah beli KFC. Yummylicious, aum :D Okay lah, maaf jika ada yang terasa, yang kepala gila-gila mesti tak terasa kan? Yang kepala asyik centre tu mesti terasa diperbodohkan sebab baca post karut ni, kesian xD Haha. Ehem ehem, *muka serious* Pray For Gaza ye kawan-kawan :)

`AmazingAfefa`

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Saturday, 3 November 2012

Why?

Assalamualaikum, hello and hi everyone *macam ramai sangat >.<* Sudah lama jari aku tidak menari-nari atas papan kekunci untuk bercerita. Harini pun sebenarnya aku taktau nak cerita pasal apa. Tapi aku letak title WHY?. Apa yang why nya? Kans? Taktau lettewww :P Okay, nak cerita lah ni, pasal tak sabar sangat? Cuba sabar sikit. Sabar itu sebahagian daripada iman tau dok? Dapat pahala tau :) Okay lah, kita mula cerita. Aku sebenarnya nak cerita pasal orang duk ugut-ugut aku ni. Kenapa dia ugut aku bagai? Aku buat apa dekat dia? Aku rasa aku takde pun buat apa-apa. Dia ugut dia nak bunuh sayang aku. Siapa tak takut beb? Goyang tu beb, tapi sikit je lah. Buat apa nak goyang banyak-banyak kans? Aku percaya ALLAH S.W.T. ada jaga sayang aku tu. Kalau korang kan, apa yang korang buat kalau ada orang ugut nak bunuh sayang korang? Mai share sikekkk. Aku bukan apa, risau je dan aku terfikir lah kan. Apa yang dia dapat dengan ugut aku camtu? Dapat DUIT ke? PAHALA jauh sekali. Kalau dia bunuh sayang aku tu pun, dia dapat apa? Dapat aku? Blah lah, tak hengen aku dengan jantan macam tu, puihh. Kalau nak kata dapat PAHALA, lagilah taknya. DOSA adalah. So, apa kejadahnya dia ugut macam tu. Aku pun tak faham lah, orang sekarang bukan boleh jangka. Tak fikir dunia dah tak lama, MASIH lagi nak buat jahat. Insaflah oi!

Untuk kau yang ugut aku *tu pun kalau dia baca*,


Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau ugut aku nak bunuh sayang aku tu? Apa aku dah buat kat kau? Aku kenal kau pun tak agaknya. Tiba-tiba je. Insaflah. Aku hanya boleh cakap, Semoga ALLAH S.W.T. membalas segala perbuatan kau. Hanya pada ALLAH S.W.T. aku berlindung dan aku tahu ALLAH S.W.T. dengar doa aku. Kau tak takut ke dengan azab ALLAH S.W.T.? Mungkin kau tak rasa lagi kan? Boleh lah kau berlagak. Sekarang ni, kalau setakat kau nak buat aku takut, sorry to say. Aku tak takut langsung!!! Sebab aku tahu ALLAH S.W.T. sentiasa ada dengan aku dan sayang aku. Hanya DIA yang boleh pisahkan sayang aku dengan aku. Aku percaya bahawa JODOH, PERTEMUAN, AJAL dan MAUT di tangan tuhan. Kau siapa nak ambik nyawa sayang aku? Kau siapa aku nak tanya? Kalau ditakdirkan sayang aku pergi, tu semua bukan sebab kau! Tapi sebab ALLAH S.W.T. yang mengkehendakinya. Sekian, terima kasih :|


Sesungguhnya, hanya pada ALLAH S.W.T. aku meminta bantuan dan hanya pada DIA juga aku berlindung :)



-“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS Al maidah 105)-


Manusia yang membebel,

AFIFAHZAHID
Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Sunday, 21 October 2012

Oh bored, please go away -_-

Assalamualaikum, hello and hi. Apa bikin hari ni? Apa? Bukan bukan, bukan bikini. Apa buat hari ni lohh? Haha. Gila aku ni. Layak tak daftar masuk Tanjung Rambutan? Tolong daftarkan pelishhhh :) Haha. Memang gini lah kalau dah boring gila vaveng, err. Okay, look at the title. OH BORED, PLEASE GO AWAY. Entahlah weh, dia suka sangat duduk dekat aku nih. Hah? Siapa dia? Lah, boring tuh lah, sape lagi. Haha, tak faham? Pegi mampehh lah, haha, tak tak, gurau gurau. Okay, disebabkan aku terlalu boring and boring, aku update lah pasal boring nih, korang boring tak bace post pasal boring ni? Kalau boring, silalah tak payah bace post boring nih. Haha. Nasib baik esok sekolah weh, setelah 5 hari aku duduk saje kat rumah nih, dapat jugak pergi sekolah. I miss you school! Haha, masa dulu kalau boleh taknok pergi sekolah. Masa sekarang nak pulak. Gila-gila. Oh god, I'm so bored. What should I do? Damn. Help me! Help me! Help me!


Nampak tak gambar atas tuh? Macam tuh lah aku kalau bosan sangat. Kertas dengan pensil tuh, aku taktau dia nak buat apa. Tanyalah dia sendiri kalau nak tahu. Haha. 


Hah, nampak tak nampak tak? Rasa nak genggam-genggam boring tuh bagi hancur, haish. Bosannyaaa ~


Bosan sangat dah aku nih gayanya. Errrr -_- Memang aku bosan! Memang pon! Memangggggggggg! Oh, terEMO pulak.


Uish, teruk sangat gayanya boring dia nih. Sampai tercangkung-cangkung. Aku paling-paling pon baring je. Bersabar ye awak dalam gambar. Saya pon boring jugak nih.


I'm bored of being bored. Bantulah saya menghilangkan kebosanan saya nih? Macam mana nih? Aduss.


Bored of being bored because being bored is boring. Faham tak? Kalau tak faham, tanya google jangan buat sombong macam tu. Bodoh sombong namanya. Mesti korang dah boring kan dengar aku membebel? Ke ada yang dah pangkah tab dan bertekad taknak bukak blog aku lagi? Takpelah, aku redha. Setakat nih je lah ceritat-ceritut aku. Sampai jumpa lagi. 

Manusia yang membebel,
AFIFAHZAHID







Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Wednesday, 17 October 2012

Harinih kita buat apa?

Assalamualaikum, hello and hi. Apa habaq hang semuaaaa?(macam ramai sangat). Hihi, tengok title atas tuu sikekkk, harinih kita buat apa? jawab cepat! cepat! aku ketuk kepala hang satgi. Hahah, dok dok, kang merajuk kang takdak sapa nak tengok blog aku nih(padan muka hang ifa). Ifa woi, straight to the pointerrrr boleh tak? ahaaa, terOVER pulak, sorry kawan-kawan :)

                                                            ***
                                                            ***

Onyomat, geset, go! lariiiiiiii ~ apa kejadahnyaa woi? haha, okay-okay, semula naa? Okay, harinih kita buat apa? act, aku je sebenarnya, tak termasuk korang semua pon, saja nak guna ganti nama kita tuu, nampak comel sikit, ye dak?(ceh, comel taik kucing) sorry terkasar bahasa :) aduiiii, dari tadi tak start cerita pahai? 

                                                            ***
                                                            ***

Cerita bermula pada pukul 7.00 pagi. Aku bangun awal woi, semangat! Pukul 7.00 pagi tuh, aku pergi rumah cik TyraSopian. Kenal ke idakk? dakk kenai sudoh :P haha, niatnyaa nak jogging, well dah gemuk kan(bukan dah tapi memang) haha. Sampai-sampai rumah dia, dia tengah mandi daaa, ape daa ini mudak, baru nak mandi. Aku tunggu lah dia siap mandi. Lepas die siap mandi, aku tak tengok jam pukul berape, dia bukak tv. Haa sudah, tengok tv pulak. Dia cakap dia lapar, so kami tunggu mama dia hantar adik-adik dia pergi sekolah dulu. Nak dijadikan cerita, kitorang start jogging pukul 8.45 pagi, tak gila gamaknya tuu? Makcik-makcik dah siap basuh kain, nak jemur pulak, bak kata minah gedik 'shegann lah shayerrr' haa, mana tak segan, tengok je kami berdua jogging. Kitorang siap jogging pukul berapa tah, pukul berapa tyra? haha, janji dah lepas pukul 9.00 pagi lah. Masuk je rumah, buat air oren(sunquick okay :P) haha. Then kami pon online sampai ayah aku datang ambik aku 1.30 petang :P

                                                            ***
                                                            ***

Masa kitorang jogging tuh, ada laa snap-snap gambar, biasalaaaa, dua-dua budak gila kamera :) Tengok lah gambar kat bawah nih. Enjoy the picture(tak banyak pon).



Nih ha budak Tyra Comel.

Nampak tak kasut kami? Tak nampak buta lah tu(maaf, terkasar bahasa)

Okay, that's all for today. Thank you sesiapa yang bukak blog saya nih :)

Manusia yang membebel,
AFIFAHZAHID


                                                                    

                                                                       

Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.

Tuesday, 16 October 2012

Bak kata facebook. Intro?

Assalamualaikum, hello and hi, ada ke orang bukak blog aku ni? ahaa, saya budak baru. Selamat berkenalan selamat berkenalan, wah, macam ada je orang nak berkenalan, hehe. Well, aku budak baru, kalau ada pape nak tegur, tegur lah. Macam biasalah kan, kalau kita jadi budak baru, mesti kena perkenalkan diri. Tu yang malas tu -_-'' okay, i want to share with all of you(macam ramai je yang bukak blog nih)


takde ape dah rasenye, selalu selalu lah jenguk blog aku nih tau. Kalau takde korang, siapelah nak jenguk blog aku nih, ye tak? bagus ~


Goodbye readers. Like it? Press the LIKE button. Thanks. Please come again.